awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kilang makanan sejuk beku di Puchong terbakar, tiada mangsa terlibat
[TERKINI] Isma Aliff meninggal dunia
Agong zahir nasihat tegas kepada PTD baharu, pastikan junjung integriti dan amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari

Bernama
Bernama
23/05/2024
20:45 MYT
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
Abang Johari berkata, pelaburan dari ekonomi kedua terbesar dunia itu membawa impak besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di wilayah ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: China melabur lebih RM19.4 bilion, terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak, yang membantu mewujudkan lebih daripada 10,000 pekerjaan bagi penduduk setempat serta membawa manfaat sampingan kepada ekonomi tempatan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan dari ekonomi kedua terbesar dunia itu membawa impak besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di wilayah ini.
"Pelaburan ini telah meningkatkan keupayaan industri selain merangsang pembangunan mampan dan inovasi," katanya dalam ucapan beliau sempena Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024: Siri Libat Urus Perangkaian di Sarawak, di sini, pada Khamis.
Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Abang Johari berkata, China merupakan salah satu rakan dagangan utama Sarawak, dengan perdagangan, pelaburan dan projek kerjasama dalam pelbagai sektor.
Beliau berkata, pada 2023, eksport Sarawak ke China, iaitu gas asli cecair, minyak makan dan logam asas, bernilai RM18.8 bilion, manakala import, iaitu jentera, barangan perkilangan dan produk pengguna, berjumlah RM9.9 bilion.
"Malah, kerjasama ekonomi antara China dan Sarawak terus berkembang dengan penglibatan China dalam pembangunan kuasa hidro, iaitu Bakun, Murum dan Baleh, yang menyokong matlamat kami untuk menjadi kuasa besar ASEAN," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#pelaburan
#Abang Johari Tun Openg
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan