KUALA LUMPUR: Iskandar Malaysia telah mencatatkan RM13.2 bilion pelaburan komited sehingga Jun lalu, dengan sebanyak RM5.9 bilion telah direalisasikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, jumlah yang dicatatkan itu membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelabur asing di Iskandar Malaysia untuk pembangunan pusat data.
"Pelaburan asing ini akan memberikan pertambahan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia. Secara keseluruhannya, lebih 6,000 orang Keluarga Malaysia di wilayah ini telah mendapat manfaat secara langsung daripada semua inisiatif sosioekonomi yang telah dijalankan.
"Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) turut merangka Strategi Pertanian Moden dalam mengukuhkan agenda Sekuriti Makanan.
"Pembangunan teknologi 5G yang merupakan komponen sokongan utama Pertanian Moden disegerakan di Kawasan Iskandar Malaysia bagi menangani isu bekalan makanan dalam negara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Perdana Menteri menjelaskan, pertanian Moden Iskandar Malaysia ini bakal menjenamakan IRDA sebagai “Agrifood Hub” Malaysia.
Jelas beliau, IRDA juga sedang merangka Draf Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia 2022 – 2030 yang bakal menjadikan wilayah ini sebagai salah satu tunjang utama menjana ekonomi negara.
Astro Awani
Mon Jul 25 2022
Ismail Sabri memaklumkan, jumlah yang dicacatkan itu membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di negara ini. - Gambar fail
Konvoi bantuan di Gaza diserang, dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan
Philippe Lazzarini berkata konvoi bantuan kemanusiaan juga dihalang daripada memasuki Gaza.
LLM, syarikat konsesi diarah periksa dakwaan keretakan di SPE
LLM dan syarikat konsesi Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) diarah membuat pemeriksaan dan penilaian segera di persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan yang didakwa retak.
[TERKINI] Sambutan Hari TVET Negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kuala Langat.
Lelaki ditahan selepas serang Perdana Menteri Denmark
Tidak jelas sama ada Frederiksen, seorang Demokrat Sosial, mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan.
HTN 2024: TVET MADANI sebagai laluan kerjaya utama
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia, Datuk Norison Ramli, TVET Madani merupakan langkah strategik untuk memperkukuhkan sistem pendidikan sebagai salah satu laluan kerjaya utama kepada graduan.
Umat Islam Singapura, Indonesia sambut Aidiladha 17 Jun
Mengikut kiraan hisab berdasarkan kriteria 'imkanur rukyah', anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 49 minit setelah matahari terbenam pada petang Jumaat.
HTN 2024: Sambutan Hari TVET platform sinergi industri & institusi
Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara (HTN) 2024 merupakan platform untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang sinergi yang wujud antara pihak industri dan institusi.
HKM 2023: Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023
Wartawan wanita veteran Adibah Amin diumumkan sebagai Tokoh Wartawan Negara pada Malam Wartawan Malaysia 2024 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2023 malam tadi.
Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - Riyad Mansour
Kata wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour, Israel telah mengelak dari bertanggungjawab ke atas jenayahnya terhadap kanak-kanak Palestin selama beberapa dekad.
HTN 2024: Sijil profesional TVET sebagai nilai tambah
Dr Mohd Faizal Tokeran menjelaskan TVET turut menawarkan pensijilan profesional kepada graduan sebagai nilai tambah untuk memastikan peluang pekerjaan yang lebih baik.
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030
Sejak penubuhan pada 2006 hingga Sept 2023, Iskandar Malaysia merekodkan jumlah pelaburan terkumpul RM409.5 bilion, melebihi sasaran awal.
Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15%
Unjuran itu dibuat kerana kebanyakan pemaju hartanah merancang untuk melancarkan lebih banyak projek di Iskandar Malaysia tahun ini.
Iskandar Malaysia catat pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion
Singapura kekal sebagai pelabur asing kedua terbesar di Iskandar Malaysia dengan pelaburan komited sebanyak RM25.3 bilion.
Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin
Menurut perdana menteri, lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelabur asing di Iskandar Malaysia untuk pembangunan pusat data.
Sedenak jadi 'flagship' keenam di Iskandar Malaysia - PM
Pembangunan di Sedenak akan memberi tumpuan kepada industri agroteknologi; teknologi tinggi; penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti rendah karbon.
Ulasan pasca Bajet 2022 negeri Johor
Iskandar Investment Berhad (IIB) sebuah syarikat pemegang pelaburan beroperasi selama 15 tahun di Johor memangkin pembangunan strategik Iskandar Malaysia.
Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
Muhyiddin sokong lebih banyak inisiatif berpaksikan rakyat bagi Iskandar Malaysia
Sebagai sebuah wilayah ekonomi, Iskandar Malaysia mencatatkan pencapaian pelaburan yang cemerlang sejak ia dibuka sehingga sekarang.
Iskandar Malaysia peroleh pelaburan RM172.2 bilion pada H1 2019
Sejak penubuhannya pada 2006 hingga H1 2019, ia mencatatkan pelaburan komited terkumpul sebanyak RM302.09 bilion.