awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan digital RM185.3 bilion diluluskan untuk tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar

Bernama
Bernama
20/09/2024
15:55 MYT
Pelaburan digital RM185.3 bilion diluluskan untuk tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar
Anwar berkata melalui inisiatif 'Pejabat Pelaburan Digital,' usaha untuk menarik pelaburan dalam bidang digital yang strategik terus diselaraskan. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pelaburan digital berjumlah RM185.3 bilion telah diluluskan daripada 2021 hingga Jun 2024 termasuk projek daripada syarikat terkemuka seperti NVIDIA dan Amazon Web Services (AWS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam hantaran di akaun media sosial X hari ini, beliau berkata melalui inisiatif 'Pejabat Pelaburan Digital,' usaha untuk menarik pelaburan dalam bidang digital yang strategik terus diselaraskan.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil.2/2024.
"Saya terus dimaklumkan kemajuan dan pelaporan terkini bagi pelaksanaan Fasa 2 Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) dan Dasar 4IR Negara (D4IRN) yang menunjukkan perkembangan positif.
"Antaranya termasuk 21 daripada 25 projek digital kerajaan, yang disasarkan untuk dicapai sehingga 2025, telah diintegrasikan dengan teknologi revolusi industri keempat (4IR)," kata beliau.
Perdana Menteri berkata mesyuarat juga telah mengambil maklum mengenai status pelaksanaan rangkaian 5G negara, iaitu antara yang terpantas di dunia, dengan Malaysia mencatatkan 82 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk.
"Namun, saya tegaskan terdapat keperluan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan 5G ke seluruh negara dengan keutamaan diberikan di kawasan perindustrian, perkhidmatan kritikal, sekolah dan terutama dalam kalangan institusi pengajian tinggi awam," kata Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MED4IRN
#pelaburan digital
#RTEDM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan