JOHOR BAHRU: Seorang jurutera wanita terpaksa menanggung kerugian RM261,000 selepas diperdaya penipuan pelaburan kupon yang tidak wujud, awal bulan lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu kelmarin.
Katanya, mangsa ialah warga tempatan berusia 40 tahun itu memaklumkan, dia berkenalan dengan suspek iaitu seorang lelaki tempatan menerusi aplikasi Tinder pada awal Julai lalu.
"Pada awal bulan Julai mangsa berkenalan dengan suspek di aplikasi Tinder.
"Pada pertengahan bulan sama, mangsa diperdayakan untuk membeli kupon yang dijual oleh suspek setelah suspek berjanji, bahawa mangsa akan mendapat pulangan wang sebanyak lima peratus dan modal dalam tempoh 30 minit selepas pembayaran pembelian kupon dibuat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Jelas Fariz Ammar, mangsa kemudian menggunakan wang simpanannya dan telah melakukan 17 transaksi pemindahan secara dalam talian.
Katanya, pemindahan itu dibuat ke dalam akaun-akaun bank yang diberikan suspek.
"Mangsa turut diberikan pautan laman web untuk melihat keuntungan yang bakal diperoleh namun pautan tersebut tidak dapat diakses oleh mangsa.
"Lebih malang lagi suspek telah gagal dihubungi selepas itu. Akibat kejadian itu mangsa kerugian RM261,000," katanya.
Kes tersebut, jelas Fariz Ammar, disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila berurusan dengan orang yang tidak dikenali, atau dikenali secara maya termasuk apabila melakukan transaksi dalam jumlah yang besar.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Aug 23 2022
Seorang jurutera wanita terpaksa menanggung kerugian RM261,000 selepas diperdaya penipuan pelaburan kupon yang tidak wujud, awal bulan lalu. - Gambar hiasan
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
Pelaburan kupon tidak wujud, jurutera wanita rugi RM261,000
Mangsa diperdaya oleh lelaki yang dikenalinya di aplikasi Tinder.