PUTRAJAYA: Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya yang berlangsung 26 Julai hingga 11 Ogos depan itu.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembagunan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata bagaimanapun pasukan berbasikal trek wanita kebangsaan bergantung kepada situasi apabila terdapat mana-mana negara menarik diri daripada menyertai acara berkenaan di temasya empat tahun sekali itu.
"Kita dengar John Beasley (Ketua Jurulatih Berbasikal Trek) memaklumkan skuad pecut wanita menduduki ranking kesembilan Olimpik, ke-11 dunia dan merupakan pasukan simpanan pertama untuk ke Olimpik Paris.
"Beasley juga bercadang agar pasukan wanita pecut ini dimasukkan ke dalam program Fast Track Road to Gold (RTG) memandangkan mereka menduduki tempat ke-11 dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Bengkel Projek Los Angeles (LA) 2028 di sini pada Jumaat.
Jefri berkata trio pecut wanita itu dibarisi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Anis Amira Rosidi.
Nurul Izzah telah layak ke Olimpik Paris 2024 bagi acara keirin dan pecut perseorangan selain dua jaguh berbasikal trek lelaki Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Sementara itu, Jefri berkata pihaknya sedang menunggu mesyuarat jawatankuasa RTG untuk meluluskan cadangan menyenaraikan Nurul Izzah ke dalam program Fast Track.
Mengulas mengenai Projek Khas LA 2028, Jefri berkata ia merupakan projek di bawah Fast Track yang memberi tumpuan lebih khusus untuk memperbaiki kelemahan atlet di bawah program itu menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Setiap atlet dalam projek khas untuk Fast Track mempunyai komponen (kelemahan) yang jurulatih utarakan, dan kita beri tumpuan untuk memperbaiki kelemahan itu.
"Sebagai contoh Nurul Izzah, dalm keirin satu kita nak tambah baik adalah kekuatan otot dan kekuatan, itu projek khusus, menjelang 2028 kelemahan itu boleh diatasi menyamai atlet bertaraf dunia," katanya.
Terdahulu, Beasley bersama Pengarah Teknikal (Terjun) Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Bryan Nickson Lomas dan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Major (b) S Maniam hadir ke bengkel berkenaan untuk membentangkan program yang disediakan untuk atlet mereka.
Setakat ini enam atlet sudah disenaraikan dalam Program Fast Track iaitu dua penerjun lelaki Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Maccartney Harold serta empat pemain skuasy negara - Ng Eain Yow, S Sivasangari, Aifa dan Aira Azman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Jefri berkata trio pecut wanita itu dibarisi Nurul Izzah Izzati, Nurul Aliana Syafika dan Anis Amira. - Foto fail/BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.
MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM
Beliau berkata atlet negara mesti diberikan sokongan pada setiap masa tanpa menghiraukan keputusan sama ada mereka menang atau kalah.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.