ALOR GAJAH: Peladang dan penternak ayam penelur merayu agar kerajaan segera mengadakan perbincangan mengenai subsidi pembelian dedak untuk meneruskan kelangsungan pengeluaran telur ayam yang semakin kritikal sejak awal tahun ini.
Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM) Lee Yoon Yeau berkata, jika perkara ini mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan, kesemua rantaian pengeluaran telur dan ayam telur akan berdepan masalah pengeluaran menjelang Ramadan dan Aidilfitri nanti.
"Bukan sebab kita sembunyikan stok telur hingga sebabkan kekurangan di pasaran tetapi memang telur kurang dari segi pengeluaran sebab kita terpaksa kurangkan jumlah ternakan ayam telur. Kita terpaksa lakukan sebab tidak boleh lagi hendak tampung harga dedak yang semakin mahal.
"Sebab itu kita mohon agar kerajaan cepatkan perbincangan mengenai subsidi dedak ini. Kita tidak minta banyak, cukuplah sekurang-kurangnya dapat menampung kos dedak memandangkan kos ternakan semakin tinggi tapi harga telur ayam semakin menurun," katanya ketika ditemui pemberita di ladang pengeluaran telurnya di Masjid Tanah hari ini.
Ini berikutan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) berkuat kuasa 5 Feb hingga 5 Jun, harga runcit sebiji telur ayam di Semenanjung ialah 44 sen (Gred A), 42 sen (Gred B) dan 40 sen (Gred C) manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah bergantung kepada kawasan.
Katanya, dengan situasi penetapan harga telur tersebut, terdapat kemungkinan pengeluar ayam telur terpaksa mengurangkan hasil ternakan bagi mengurangkan kos, sekali gus mengurangkan beban kerugian ditanggung sejak dua tahun lepas yang mencecah jutaan ringgit.
"Kita nak bela banyak ayam telur pun tidak boleh banyak sebab dedak mahal. Jadi, solusi sekarang adalah kurangkan ternak ayam telur tapi ini akan mengakibatkan lebih 1,500 penternak dan pengeluar ayam penelur gulung tikar," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga berpendapat sudah masanya kerajaan mula kurangkan kebergantungan ke atas import dedak dengan menghasilkan dedak sendiri.
"Itu antara cara kita boleh kawal harga walaupun harga dedak perlu mengikut harga ditetapkan di pasaran antarabangsa. Jadi kita cadang agar kerajaan tanam jagung secara khusus bagi penghasilan dedak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Subsidi pembelian dedak diperlukan untuk meneruskan kelangsungan pengeluaran telur ayam yang semakin kritikal. - Gambar hiasan
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco
Teknologi moden boleh diaplikasikan dalam semua peringkat bermula daripada semaian hingga tuaian hasil.
Hukuman berat bagi penternak biar haiwan berkeliaran sebabkan kemalangan maut dicadangkan
Di bawah enakmen tersebut, mesti mewajibkan kesemua penternak haiwan menandakan lembu dan kerbau masing-masing.
Cuaca panas: Penternak, petani ambil langkah waspada
Cuaca panas dengan suhu mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius di negeri Kedah memaksa penternak dan pesawah lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti penternakan serta pertanian.
Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran
Haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di kawasan hospital itu pada waktu malam sejak sebulan lalu.
Harga ayam, telur: FLFAM, KPKM bincang hari ini
Pertemuan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu adalah sebagai usaha meringankan bebanan para penternak.
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
Cuaca panas: Sektor perikanan akuakultur alami kerugian bernilai RM438,500
Sektor perikanan akuakultur di seluruh negara telah mengalami kerugian bernilai RM438,500 setakat ini berikutan fenomena El Nino.
DUN Perak lulus RUU Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023
Mohammad Zahir Abdul Khalid memaklumkan RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju tanpa pindaan terhadap fasal-fasal pindaan yang dicadangkan.
PM Anwar rai petani, nelayan dan penternak di majlis berbuka puasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan kira-kira 1,200 komuniti nelayan, petani dan penternak dalam majlis berbuka puasa di kediaman rasmi ,Seri Perdana, di sini.
Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.