SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperincikan ruang pelaksanaan untuk melibatkan pelajar dalam siri pendidikan kebersihan di sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan memberikan impak dan nilai tambah kepada murid secara keseluruhan.
“Saya sambut baik saranan Perdana Menteri agar murid dilibatkan dalam siri pendidikan kebersihan di sekolah,” ciapnya di Twitter pada Sabtu.
Pada Sabtu, Anwar membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.
Anwar berkata, beliau telah mengarahkan KPM memeriksa tandas-tandas berkenaan bagi memastikan setiap murid bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mendapat kemudahan yang selesa.
Tambah Fadhlina, sesi turun padang dan lawatan kerja di sekolah juga turut melibatkan semakan status kebersihan serta penyelenggaraan tandas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 03 2023

Fadhlina berkongsikan gambar semasa lawatan beliau di sekolah terlibat. - Foto Twitter/Fadhlina Sidek

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

Pelajar bersihkan tandas: KPM akan perinci pelaksanaan - Fadhlina
Pelajar bersihkan tandas: KPM akan perinci pelaksanaan - Fadhlina