NEW YORK: Pelajar Universiti Columbia dan penyokong pro-Palestin meneruskan protes dan berarak di luar pintu masuk universiti berkenaan di tengah-tengah kekejaman yang berterusan di Gaza.

Ia susulan malam berikutnya, polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.

Menurut salah seorang pelajar siswazah Columbia Anna Thieser, dia kecewa dengan tindakan Polis Bandar New York (NYPD) yang dikatakan melampaui batas dan kejam.

Ini kerana polis memasuki Hamilton Hall, yang diduduki penunjuk perasaan, dan dalam tempoh tiga jam sahaja, mereka telah menghalau penunjuk perasaan dan menahan berpuluh-puluh individu.

Protes di kampus terhadap perang di Gaza kini berlangsung di universiti utama di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Bantahan di Columbia menjadi salah satu yang paling lama berjalan dan paling berprofil tinggi.

Penunjuk perasaan menuntut Columbia melepaskan diri daripada syarikat yang menyokong kerajaan Israel.

Mereka bersolidariti atas kekejaman Israel ke atas Palestin yang membunuh lebih daripada 34,000 orang.

Namun AS masih menruskan dasar luarnya dengan Israel, dengan membiayai dana perbekalan senjata ke atas Zionis untuk membunuh penduduk Palestin.

Sementara itu, kumpulan profesor dan pelajar mendesak pentadbiran universiti membuka semula kampus dan mengusir kehadiran polis dari kawasan mereka.

Mereka mengkritik tindakan pengurusan universiti menggunakan khidmat Polis New York untuk menyuraikan protes dalam kawasan kampus.

Kumpulan ini menegaskan protes pro-Palestin yang berlansung sama seperti bantahan yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Ini termasuk protes menentang genosid dan perang Vietnam.

Sebelum ini Datuk Bandar New York Eric Adams mendakwa lebih 300 yang ditahan dan protes didalangi orang luar dan bukan pelajar.