GEORGE TOWN: Kementerian Digital akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung usaha menampilkan satu dasar baharu mengenai pelancaran rangkaian persendirian 5G, bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan teknologi 5G oleh pelbagai industri dalam negara.
Menterinya Gobind Singh Deo berkata dasar itu bertujuan mengkaji penggunaan spektrum 5G dan bergerak ke arah transformasi digital bagi semua sektor utama termasuk kesihatan, pembuatan, pertanian dan akuakultur ddalam negara.
"Bagaimana kita akan memperkasa dan menggalakkan penggunaan rangkaian 5G apabila ia melibatkan kes-kes ujian industri? Apabila ada industri yang memerlukan teknologi ini, dan teknologinya sudah ada, saya rasa ada peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan bagi memastikan ada akses kepada teknologi ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kilang pembuatan pintar 5G persendirian Clarion Malaysia di sini hari ini.
Clairon Malaysia, syarikat pembekal automotif global yang mengkhusus dalam peralatan Infotainment Dalam Kenderaan (IVI) hari ini mempamerkan barisan hasil pembuatan termajunya yang pertama di Malaysia dikuasakan oleh 5G, yang dijanakan oleh Rangkaian Persendirian Yes 5G YTL Communications, serta penyelesaian pekilangan pintar Cnergenz.
Gobind berkata semua kawasan perindustrian ringan dan taman perindustrian utama di negara ini juga harus lengkap dan bersedia untuk mengguna pakai rangkaian persendirian 5G.
Beliau berkata rangkaian 5G mencapai 80.5 peratus liputan kawasan berpenduduk (COPA) di negara ini manakala 90 peratus COPA di Pulau Pinang.
Menyentuh tentang Clarion Malaysia yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi IR4.0 dan persendirian 5G dalam bidang pembuatan yang maju, Gobind menyifatkan kerjasama dengan teknologi automasi daripada Cnergenz dan Dassault Systemes merupakan langkah penting dalam memajukan cita-cita IR4.0 Malaysia.
"5G bukan hanya untuk pengguna, ia akan memainkan peranan penting dalam memacu produktiviti dan daya saing untuk Malaysia. Memiliki rangkaian 5G awam dan persendirian bertaraf dunia akan membantu memacu peningatan ekonomi yang ketara kepada negara," menurut syarikat itu.
Kemudahan pintar Clarion Malaysia menggunakan sambungan 5G Peribadi berkapasiti tinggi 'Yes' bagi menyokong operasi kritikal misi dan keperluan keselamatan, manakala Cnergenz menyediakan penyelesaian pembuatan pintar seperti sistem inventori berasaskan Cloud dan Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) dikuasakan oleh AI, untuk barisan pengeluaran Clarion Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Menteri Digital Gobind Singh Deo bercakap ketika ditemui media pada Majlis Percubaan Pembuatan Maju 5G Swasta Pertama di Malaysia di Clarion (Malaysia) Sdn Bhd hari ini. - Foto BERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.
Kementerian Digital akan teliti struktur NAIO untuk masa depan teknologi
Kementerian Digital akan meneliti secara spesifik mengenai struktur Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation yang akan dilancarkan pada 12 Disember ini.
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Calon berkelayakan dipelawa isi jawatan utama di Pejabat AI Kebangsaan - Gobind
Kementerian Digital mempelawa calon berkelayakan untuk mengisi jawatan utama di Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO).
Insiden keselamatan siber Prasarana: Siasatan untuk tentukan punca, data terlibat
Kementerian Digital dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan akan menentukan jenis pelanggaran dan data yang terlibat dalam kejadian itu.
Kementerian Digital main peranan penting galak perladangan moden, perkasa sektor pertanian - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata antara usaha tersebut adalah inisiatif Malaysia Digital AgTech3, diuruskan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Kementerian Digital cadang tubuh Suruhanjaya Data galak pasaran pusat data
Gobind Singh Deo berkata bagi tujuan itu, pihaknya merancang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Penyedia platform dalam talian perlu pertingkat sistem keselamatan - Gobind
Perkara ini perlu dipandang serius bagi meningkatkan keyakinan pengguna bahawa data peribadi mereka adalah selamat.