awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar dakwa cedera dirotan guru kerana tidak solat tarawih

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2024
08:00 MYT
Pelajar dakwa cedera dirotan guru kerana tidak solat tarawih
Mangsa mendakwa dirotan oleh guru berkenaan yang juga warden asrama bersama rakan-rakannya yang lain kerana tidak menyertai solat tarawih. - Gambar hiasan
ROMPIN: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar kolej vokasional di sini yang cedera didakwa dirotan guru dalam kejadian pada Jumaat.
Mangsa iaitu seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun dikatakan mengalami kecederaan akibat dipukul sebanyak 10 kali oleh guru yang juga warden asrama sekolah tersebut.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, kejadian dikatakan berlaku pada jam 7.45 pagi di kawasan perhimpunan bahagian bawah asrama kolej tersebut.
"Mangsa mendakwa dirotan oleh guru berkenaan yang juga warden asrama bersama rakan-rakannya yang lain kerana tidak menyertai solat tarawih.
"Terdapat kesan kecederaan di belakang badan, punggung dan lengan kanan pelajar terbabit dipercayai dirotan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ujar beliau, mangsa datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin pada jam 5.33 petang pada hari sama ditemani ibu saudaranya.
Jelasnya, kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 324A Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar kolej vokasional
#cedera dirotan guru
#sembahyang tarawih
#Rompin
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan