Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipatuk ular di jari kaki kiri Sabtu lepas tetap menduduki peperiksaan itu hari ini biarpun dia kini dirawat di wad Hospital Daerah Besut.
Norhafisah Shariff, 17, Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut dilihat tenang menduduki peperiksaan hari ini sambil ditemani pengawas peperiksaan Azmiruddin Hassan dari SMK Nasiruddin Shah, Alor Lintang Besut.
Bercakap kepada Bernama, beliau yang memakai baju hospital berwarna hijau ketika ditemui selepas tamat menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu Satu berkata dia tetap bertekad untuk mengambil peperiksaan kerana tidak mahu ketinggalan menduduki SPM.
"Saya sebenarnya tak nak ketinggalan hanya kerana saya dipatuk ular. Saya sudah buat persediaan sejak 6 bulan dulu bagi menghadapi SPM ini, takkan hendak dibiar begitu saja," katanya yang akan mengambil kertas seni visual pada sebelah petang nanti.
Pengetua SMK Kuala Besut, Wan Kamaruddin Wan Nor ketika ditemui berkata ketika kejadian, pelajarnya itu yang berasal dari Pulau Perhentian sedang menunggu bot di jeti pulau itu untuk pulang ke asrama sekolah sebelum dilaporkan dipatuk seekor ular kapak.
"Dia telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut sebelum segera dirujuk ke Hospital Daerah Besut di Jerteh. Alhamdulillah, dia tidak apa-apa dan masih bersemangat mengambil peperiksaan," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Wan Kamaruddin berkata meskipun Norhafisah menyatakan terkilan tidak dapat bersama 261 lagi rakan-rakan sekolahnya menduduki peperiksaan SPM, namun beliau redha dengan insiden dipatuk ular itu dan menyimpan tekad untuk berjaya sekali gus membanggakan keluarganya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab Halim Hassan yang melakukan tinjauan perjalanan SPM di sekolah-sekolah Besut berkata terdapat dua lagi calon dari Besut mengambil peperiksaan di wad hospital.
Katanya selain mangsa patukan ular itu, seorang lagi pelajar yang demam menduduki SPM di Hospital Daerah Besut manakala seorang lagi yang kemalangan jalan raya mengambil peperiksaan itu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Seramai 3,459 calon menduduki peperiksaan SPM di 27 pusat peperiksaan di Besut.
Bernama
Mon Nov 03 2014
Selain mangsa patukan ular itu, seorang lagi pelajar yang demam menduduki SPM di Hospital Daerah Besut. -Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pelajar dipatuk ular ambil SPM di hospital
Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipatuk ular di jari kaki kiri Sabtu lepas tetap menduduki peperiksaan itu hari ini biarpun dia kini dirawat di wad Hospital Daerah Besut.