KUALA LUMPUR: Bayangkan dengan hanya berbekalkan ilmu dari YouTube, seorang anak muda kelahiran Sabah mampu bertutur lima bahasa utama di dunia, selain turut fasih berbahasa Melayu dan sukuan Sungai Kalabuan.
Kedengarannya memang sukar, namun itulah dibuktikan Azrey Henderey, 20, dari Tongod, sebuah daerah pedalaman di Sabah, apabila beliau menunjukkan kemampuannya bertutur dalam bahasa Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin, bahasa Inggeris serta bahasa ibundanya, dialek Sungai Kalabuan dan bahasa Melayu menerusi satu video di aplikasi TikTok.
Menerusi paparan video TikTok itu, Azrey begitu selesa, selamba dan fasih menuturkan bahasa utama dunia itu ketika bersembang dalam talian menerusi media sosial dengan kenalannya di luar negara.
"Saya mahu mengembara ke seluruh dunia suatu hari nanti, jadi saya mahu belajar pelbagai budaya dan mahu lebih memahami mereka, jadi kalau boleh saya mahu belajar bukan sahaja tujuh lapan tapi sebanyak boleh bahasa yang saya mampu," katanya kepada Bernama.
Menceritakan kebolehannya berbahasa Mandarin, Azrey berkata kemahiran itu diperoleh ketika belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sabah pada usia tujuh tahun, sebelum menyambungnya setahun kemudian di Johor kerana mengikuti keluarganya berpindah ke negeri itu.
Ketika di sekolah menengah pula, beliau berkata kekangan bahasa yang dihadapi beliau untuk berkomunikasi dengan pelajar dari Jepun yang mengikuti program pertukaran pelajar di sekolahnya membuatkan beliau nekad untuk mempelajari bahasa Jepun menerusi saluran YouTube.
"Saya tidak mampu mengikuti kelas sebab yurannya agak mahal, jadi saya gunakan medium percuma iaitu YouTube selain menonton siri anime Jepun," katanya menambah, beliau lebih mudah dan cepat belajar menggunakan video berbanding buku.
Bercerita lanjut, Azrey berkata setelah menamatkan persekolahannya beliau berkenalan dengan ramai sahabat dari luar negara seperti Sepanyol, Kazakhtsan, Rusia serta Jepun, kebanyakannya menerusi media sosial sehingga mendorong beliau untuk mempelajari lebih banyak bahasa untuk memudahkan komunikasi.
Mengakui bukanlah semudah yang disangkakan, Azrey berkata setiap ilmu yang diperolehnya di YouTube perlu dipraktikkan menerusi latihan percakapan dan beliau banyak menggunakan aplikasi OmeTV yang membolehkannya berinteraksi dengan pelbagai individu dari seluruh dunia.
"Pada pendapat saya kalau kita belajar sesuatu bahasa, kita dapat lebih memahami seseorang itu dan kita dapat memahami budaya mereka.
"Kalau kita bercakap menggunakan bahasa ibunda seseorang itu, orang itu akan lebih terbuka berkongsi masalah dan pendapat dengan kita," katanya yang berhasrat mempelajari bahasa Poland, Jerman dan Korea selepas ini.
Penuntut Tahun pertama Diploma in Broadcasting di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman yang bercita-cita menjadi penyampai radio itu turut menasihatkan anak-anak muda untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa.
"Teknologi pun makin canggih gunakanlah peluang ini sebaiknya, kamu akan rasa keindahan bila kamu mampu bercerita dengan orang yang kamu gunakan bahasa mereka, kamu akan dapat pelajari banyak benda yang tiada di sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
Azrey mampu bertutur dalam bahasa Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin serta bahasa Inggeris melalui pembelajaran di YouTube. -Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung
Seperti negeri lain di Malaysia, negeri Johor juga mempunyai dialek dan bahasa kolokial yang unik dan tersendiri.
Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan
DBP berharap aktiviti bahasa dan kesusasteraan akan sentiasa segar serta menjadi wahana penting dalam mendidik masyarakat MADANI.
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.
Dinamik bahasa dalam penggunaan ChatGPT
Kendatipun ChatGPT mampu menyelesaikan masalah bahasa secara dinamik dengan data raya yang mengagumkan, ia masih mempunyai kekurangan.
Leksikal ayam dalam simpulan bahasa merujuk perangai manusia
Sedar atau tidak, dalam diri manusia itu sendiri ada sifat 'binatang' yang memungkinkan perangai manusia itu disamakan dengan sifat binatang.
Subjek bahasa: Jangan pandang sebelah mata
Semua pelajar pada peringkat menengah bagi sekolah aliran nasional diberikan peluang untuk mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibunda.
Murid digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
Murid digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan dunia yang penuh persaingan pada masa kini.
Undian KPN Semarak Uniti: Hampir 70 peratus kata boleh bertutur lebih daripada dua bahasa
68.6 peratus responden mengatakan ya kepada persoalan diajukan manakala 21.1 peratus menyatakan tidak.
Pelaburan dalam pendidikan bahasa beri pulangan dua kali ganda untuk ekonomi UK - Kajian
Peningkatan murid sekolah menengah yang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Perancis atau Sepanyol boleh meningkatkan ekonomi UK berbilion pound dalam tempoh 30 tahun.
Kongsi makanan menerusi 'TikTok' wujud harmoni kaum
Ceddy menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sekali-sekala diselitkan dengan lawak jenaka di samping menjaga sensitiviti kaum.