awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun
Melaka umum cuti khas kepada penjawat awam pada 1 Ramadan
Pilihan Raya Presiden Portugal ke pusingan penentu, Seguro dahului pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam: Polis temui petunjuk rungkai insiden

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2025
08:30 MYT
Pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam: Polis temui petunjuk rungkai insiden
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan insiden berkenaan. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Polis mula memperoleh petunjuk yang boleh merungkai punca insiden membabitkan pelajar Tingkatan Tiga yang jatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Polis peroleh petunjuk baharu berkaitan punca pelajar Tingkatan Tiga jatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam, namun siasatan masih dijalankan secara menyeluruh.
  • Lebih 12 saksi termasuk pelajar dan kakitangan sekolah telah diambil keterangan; mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas insiden 24 Ogos lalu.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala Kementerian Pendidikan turut menyiasat SOP keselamatan asrama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan insiden berkenaan.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan setiap aspek diperhalusi sebelum sebarang rumusan dibuat mengenai kes tersebut.
"Siasatan berhubung kejadian ini masih dijalankan secara menyeluruh dan setakat ini hala tuju dilihat semakin positif untuk mendapatkan punca sebenar kejadian.
"Polis juga menerima kerjasama yang baik daripada semua pihak berhubung siasatan yang dijalankan setakat ini," katanya pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan lebih 12 saksi sudah dirakam keterangan termasuk pelajar serta kakitangan sekolah bagi membantu siasatan lanjut.
Dalam kejadian pada 24 Ogos lalu, mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga parah selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah menengah di Sabak Bernam.
Mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas dipindahkan dari Hospital Sabak Bernam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala Kementerian Pendidikan turut memulakan siasatan dalaman berhubung prosedur operasi standard (SOP) keselamatan asrama. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar jatuh asrama
#Sabak Bernam
#temui petunjuk
#Polis Selangor
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan