awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam stabil, tunjuk perkembangan positif

Bernama
Bernama
30/08/2025
14:40 MYT
Pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam stabil, tunjuk perkembangan positif
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin berkata berdasarkan maklum balas Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), pelajar lelaki itu masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh. - BERNAMA
SHAH ALAM: Keadaan pelajar tingkatan tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah asrama di Sabak Bernam berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan yang positif.
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin berkata berdasarkan maklum balas Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), pelajar lelaki itu masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.
"Beliau telah menjalani prosedur khas bagi mengawal tekanan dalam otak dan rawatan kecemasan itu berjaya dilengkapkan dalam tempoh 48 jam pertama.
"Setakat hari ketiga selepas rawatan, keadaan pelajar dilaporkan lebih stabil dan menunjukkan beberapa tindak balas positif, dengan pasukan perubatan terus memantau perkembangannya dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jamaliah turut menyeru kerjasama orang ramai untuk memberikan ruang kepada keluarga mangsa serta mengelak daripada membuat atau menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan emosi mereka.
"Kerajaan Selangor menzahirkan rasa simpati dan doa agar adik ini segera pulih. Kerajaan negeri bersama JKNS akan terus memantau perkembangan kesihatan pelajar ini dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada pihak keluarga," katanya.
Pada 26 Ogos lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar jatuh asrama
#perkembangan positif
#jamaliah jamaluddin
#Sabak Bernam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan