awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar, kakitangan SMKA Melor dikesan positif COVID-19

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2022
15:20 MYT
Pelajar, kakitangan SMKA Melor dikesan positif COVID-19
Dr Zaini berkata, kesemua yang positif itu adalah hasil ujian saringan ke atas 78 kontak rapat di sekolah berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Seramai 55 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, di sini termasuk kakitangan sekolah dikesan positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi tersebut menyebabkan sesi persekolahan di SMKA Melor terpaksa ditangguhkan selama lapan hari bermula 20 sehingga 27 Januari ini.
"Penularan jangkitan itu mula dikesan 'menyerang' sekolah berkenaan pada 19 Januari lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, kesemua yang positif itu adalah hasil ujian saringan ke atas 78 kontak rapat di sekolah berkenaan.
Beliau berkata, susulan kes positif yang dikesan, sesi persekolahan akan digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, sehingga Sabtu seramai 378 pelajar dan kakitangan sekolah menengah di negeri ini disahkan positif COVID-19.
Beliau berkata, ia dikesan melalui 10 kluster pendidikan iaitu Kluster Embi Telipot, Jalan Kompleks, Pulau Melaka, Padang Raja dan Jalan Pangkal Kalong di Kota Bharu.
"Turut terlibat Jalan Bandar Ciku, Gua Musang; Jalan Bukit Merbau, Pasir Puteh; Lorong Banggol Manok, Pasir Mas dan Kampung Tujuh, Tumpat.
"Sebanyak 50 peratus daripada kumulatif kes membabitkan pelajar manakala selebihnya adalah kakitangan dan orang awam," katanya.
Artikel asal disiarkan Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sekolah ditutup
#Kelantan
#SMKA Melor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan