Pelajar lelaki maut jatuh dari tingkat 18 kondominium

Seorang pelajar lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Bandar Baru Nilai pada Rabu. - Foto Sinar Harian
NILAI: Seorang pelajar lelaki warga China ditemukan mati dipercayai terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Bandar Baru Nilai di sini pada Rabu.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar lelaki warga China ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 18 kondominium di Bandar Baru Nilai.
- Mangsa berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta ditemui terbaring di aras lima bangunan pada jam 7 pagi.
- Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes ini dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sebab sebenar kematian.
"Penduduk setempat yang melihat lelaki itu kemudiannya menghubungi talian kecemasan 999.
"Siasatan awal mendapati mangsa tinggal di kawasan perumahan tersebut bersama seorang rakan senegara," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, pemeriksaan awal oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan mendapati tiada kesan kecederaan luaran yang mencurigakan pada tubuh mangsa, selain pendarahan di bahagian telinga dan ruam pada badan.
Tambahnya, tiada barangan peribadi mangsa dilaporkan hilang di dalam rumahnya.
"Lantai di lokasi kejadian didapati basah dipercayai akibat mangsa terkencing semasa kejadian.
"Mayatnya telah dihantar ke Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya.
Abdul Malik berkata, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan.
Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian bagi menghormati keluarga mangsa serta tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


