awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej WhatsApp tular dakwa MOF tawar STR, SARA RM600 kepada bujang adalah palsu
Sony, TCL meterai usaha sama hasilkan produk AV mulai 2027
Tempoh kelulusan pinjaman agensi KUSKOP dipendekkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut ditikam: Suasana pilu iringi upacara persemadian Shing Xuen

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2025
05:20 MYT
Pelajar maut ditikam: Suasana pilu iringi upacara persemadian Shing Xuen
Mendiang Yap Shing Xuen, pelajar perempuan 16 tahun yang maut ditikam di sekolah, diberi penghormatan terakhir di Krematorium Nirvana, Seksyen 21. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Suasana pilu menyelubungi Krematorium Nirvana, Seksyen 21 di sini apabila keluarga, guru dan rakan-rakan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Yap Shing Xuen, pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam kejadian tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Ringkasan AI
  • Mendiang Yap Shing Xuen, pelajar perempuan 16 tahun yang maut ditikam di sekolah, diberi penghormatan terakhir di Krematorium Nirvana, Seksyen 21.
  • Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat, dengan dakwaan awal menyebut kira-kira 200 kesan tikaman pada tubuh mangsa.
  • Suspek pelajar lelaki 14 tahun telah ditahan dan direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jasad mendiang sebelum itu tiba di Krematorium Nirvana, Seksyen 21 di sini kira-kira 12.20 tengah hari untuk penghormatan terakhir sebelum upacara pembakaran dijalankan.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati pekarangan krematorium dipenuhi suasana hening dengan kehadiran ahli keluarga yang kelihatan sebak dan menitiskan air mata ketika upacara penghormatan terakhir dijalankan.
Beberapa individu turut menundukkan kepala sebagai tanda perpisahan terakhir kepada mendiang yang disifatkan sebagai pelajar periang dan disenangi guru.
Upacara pembakaran mendiang dijalankan pada hari ini selepas tiga hari upacara sembahyang dan penghormatan yang berakhir malam tadi.
Media sebelum ini melaporkan laporan patologi berhubung kematian mangsa dijangka mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak patologi sebelum dapat mengesahkan jumlah sebenar kesan tikaman pada tubuh mangsa.
Ujar beliau, setakat ini laporan penuh belum diperoleh, kebiasaannya laporan patologi mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan sebelum sebarang pengesahan rasmi dapat dibuat.
Menurut Shamsudin, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan dan setakat ini sebanyak 127 keterangan telah diambil daripada saksi bagi membantu siasatan.
Sebelum itu, ibu mangsa menerusi satu sidang akhbar mendakwa ahli patologi memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 200 kesan tikaman pada anaknya.
Dalam kejadian itu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan.
Suspek kemudian ditahan dan direman tujuh hari untuk siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Yap Shing Xuen
#upacara persemadian
#Krematorium Nirvana
#pelajar maut ditikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan