awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar perempuan hilang ditemui lemas di Sungai Chiling

Bernama
Bernama
04/12/2016
09:21 MYT
Pelajar perempuan hilang ditemui lemas di Sungai Chiling
Anis Fatihah Hishamuddin hilang sejak pukul 3.20 pagi tadi ketika menyertai perkhemahan menyertai perkhemahan itu anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. - Foto Bernama
Mayat seorang pelajar tingkatan dua yang dikhuatiri lemas ketika menyertai aktiviti perkhemahan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu semalam, ditemui kira-kira pukul 10.35 pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mayat Anis Fatihah Hishamuddin, 14, dijumpai kira-kira 500 meter dari kawasan dia dilaporkan hilang.
"Mayat pelajar itu ditemui pasukan penyelamat pagi tadi dan akan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan awal pagi tadi disertai sejumlah 53 anggota terdiri daripada Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Bomba dan Penyelamat, polis dan orang awam.
Mohd Sani berkata Anis Fatihah dilaporkan hilang ketika menyertai perkhemahan di Sungai Chiling dan pihaknya menerima panggilan kehilangan mangsa pada pukul 3.20 pagi.
Difahamkan, seramai 47 pelajar menyertai perkhemahan itu anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Anis Fatihah Hishamuddin
#Kuala Kubu Bharu
#pelajar hilang
#pelajar lemasm Sungai Chiling
#UMNO Bandar Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan