SUNGAI PETANI: Pelajar di negara ini perlu mendapat pendedahan awal mengenai hala tuju dan peluang kerjaya yang boleh diceburi berdasarkan minat serta keupayaan masing-masing di samping dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, untuk itu platform Program YES! Rock The School yang memberikan pendedahan awal berkaitan sektor pekerjaan dan laluan kerjaya mendapat permintaan tinggi, diyakini dapat membentuk pilihan jitu dalam kalangan pelajar berkenaan.
"Inisiatif telah diambil supaya kita memberikan pendedahan kepada anak-anak yang masih di bangku sekolah untuk mengetahui tentang kerjaya. Bagaimanakah mereka boleh membuat pemilihan untuk menentukan hala tuju mereka sebab intervensi ini adalah penting.
"Kalau tunggu sampai anak masuk ke menara gading baru nak tentukan tentang karier mereka mungkin ia terlambat, mereka (mungkin) akan memilih kursus yang tidak ada permintaan di pasaran (kerja)," katanya kepada pemberita pada program edisi Mega Kedah 2023 di Universiti Aimst, di sini, pada Ahad.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Untuk rekod, Program YES! Rock The School anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan mula dilaksanakan pada penghujung 2021.
Sivakumar berkata, program yang dianjurkan secara edisi Mega Kedah pada kali ini adalah julung kali dilaksanakan di negara ini sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu belia mengenal pasti potensi diri dan pilihan kerjaya untuk masa depan mereka.
"Kita akan perluaskan lagi program ini ke negeri lain selepas ini... fokus kementerian pada hari ini (kini) ialah didorong oleh industri, kita nak pastikan apakah keperluan yang wujud dalam industri ini dan kita menyediakan graduan untuk memenuhi keperluan tersebut.
"Jadi program seperti ini penting untuk memastikan bahawa apabila kita lihat kepada permintaan dahulu dan cuba mewujudkan penawaran yang ada," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan pelajar hanya terdedah dengan kerjaya antaranya doktor, peguam dan akauntan sedangkan terdapat bidang lain yang ada kebolehpasaran kerja tinggi seperti dalam bidang digital dan keselamatan siber.
"...luar sana punya banyak pilihan lain terutamanya digital. Hari ini (Pada masa sekarang) memang mempunyai peluang cukup baik dalam bidang digital ini, keselamatan siber memang punya banyak (peluang)... saya dimaklumkan bahawa ada 10,000 pekerjaan untuk keselamatan siber," katanya.
Sebanyak 600 pelajar sekolah menengah dari 20 sekolah di Kedah menyertai program edisi Mega Kedah itu yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tiga, kanan) dan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (empat, kanan) bergambar bersama pelajar-pejar sekolah pada Majlis Pelancaran YES! Rock the School Edisi Mega Kedah 2023 di Universiti AIMST. - Foto BERNAMA
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Isu godam data Perkeso: Beri ruang bagi siasatan forensik dalaman - Sivakumar
Sivakumar berkata kementerian juga telah mengumpul bukti-bukti forensik sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya bagi menyekat gerakan anasir penggodam berterusan.
Majikan tidak dibenar bayar gaji secara tunai kecuali dapat kelulusan - Sivakumar
Majikan yang didapati tidak membuat pembayaran gaji melalui akaun bank dianggap melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.
1 juta keanggotaan kesatuan sekerja dicapai lebih awal daripada sasaran 2025
Sasaran sejuta keanggotaan kesatuan sekerja menjelang 2025 telah dicapai lebih awal apabila keanggotaan melebihi sejuta telah direkodkan setakat 30 Okt lepas, kata Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar.
Masih ramai suri rumah belum daftar SKSSR
Sebanyak 197,000 orang sudah mendaftar setakat Oktober, namun daripada jumlah itu 166,000 didaftarkan berdasarkan pangkalan data e-Kasih.
PERKESO belanja RM350 juta setahun biaya pesakit buah pinggang - Sivakumar
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membelanjakan kira-kira RM350 juta setiap tahun bagi membiayai kos rawatan pencarum yang menghidap penyakit buah pinggang.
Perkeso perkenal Standard Malaysia berkait keselamatan jalan raya bagi pekerja gig
Ia ke arah mencapai sasaran kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya seiring dengan perkembangan ekonomi digital dan pekerja gig.
Nahas Elmina: Lapan waris mangsa layak terima pampasan Perkeso - Sivakumar
Lapan keluarga daripada 10 mangsa nahas pesawat di Elmina, layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Nahas Elmina: Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan Perkeso
Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pelajar perlu diberi pendedahan awal hala tuju kerjaya
Pelajar di negara ini perlu mendapat pendedahan awal mengenai hala tuju dan peluang kerjaya yang boleh diceburi berdasarkan minat serta keupayaan masing-masing.
Majikan diseru hantar pekerja dapatkan pasport keselamatan
Majikan dan pihak industri diseru agar menghantar lebih ramai pekerja tempatan mahupun asing mendapatkan pasport keselamatan sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.