awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar perlu patuhi garis panduan kesihatan sebelum pulang ke kampung

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2020
09:30 MYT
Pelajar perlu patuhi garis panduan kesihatan sebelum pulang ke kampung
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan satu garis panduan aspek kesihatan terhadap pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang akan pulang ke kampung halaman secara berperingkat bermula hari ini. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan satu garis panduan aspek kesihatan terhadap pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang akan pulang ke kampung halaman secara berperingkat bermula hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, Pusat Kesihatan universiti masing-masing akan melakukan saringan terhadap pelajar sebelum memulakan perjalanan.
"Hasil kerjasama dan perbincangan di antara pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan KKM, satu garis panduan telah dibangunkan dimana ianya merangkumi aspek kesihatan bagi pelajar-pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.
"Pusat Kesihatan universiti masing-masing akan membuat saringan bagi pelajar-pelajar (suhu badan, saringan gejala batuk, selesema, sakit tekak atau sukar bernafas) sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
BACA: 1,128 pelajar dari sembilan IPTA/IPTS akan pulang ke rumah masing-masing malam ini
Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mengikut langkah-langkah pencegahan.
"Pertama, mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangya satu meter dari orang lain.
"Kedua, menjaga kebersihan diri, dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.
"Ketiga, menggalakkan pemakaian alat penutup mulut dan hidung di sepanjang perjalanan," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#pelajar
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan