Jika remaja seusianya baharu sahaja mendapat keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), seorang kanak-kanak pintar dari Terengganu telah pun menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah (PhD), di sebuah universiti di Jerman.
Mempunyai pemikiran seperti orang dewasa yang berusia 24 tahun, Muhammad Amir Rafiq Mohd Rafee, 15, yang berasal dari Kemaman berkata, beliau beruntung kerana terpilih oleh Universiti Leibniz di Hannover, Jerman, untuk menjalankan kajian dalam bidang Sains Komputer Teoritikal.
"Saya minat bidang sains komputer sejak berumur 12 tahun lagi. Bagi saya bidang ini mencabar tetapi seronok. Sebab itu saya mahu mengkaji lebih dalam bidang ini.
"Mujurlah universiti itu (Universiti Leibniz) terima penyelidik yang bawah umur seperti saya. Mereka pun tidak kisah saya belum mempunyai sebarang ijazah, kerana apa yang penting bagi mereka adalah kajian yang saya jalankan itu," katanya yang berada di Universiti Leibniz selama dua bulan bermula September lepas dengan ditemani bapanya Mohd Rafee Harith.
Pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara itu ditemui pada Seminar Kaedah Penyelidikan Untuk Anak-Anak Genius Terengganu, di Universiti Malaysia Terengganu di sini hari ini.
Seminar yang menghimpunkan kira-kira 70 remaja pintar dari Terengganu itu, diadakan bagi memberi pendedahan dan menggalakkan mereka untuk lebih banyak menjalankan kajian dan penyelidikan, khususnya berkaitan Terengganu.
Selain itu antara pencapaian yang membanggakan adalah Muhammad Amir Rafiq terpilih mewakili Malaysia dan menjadi peserta termuda dalam 'The 2019 International Philosophy Olympiad' di Rom, Itali, pada Mei lepas.
Anak sulung dari dua beradik itu bercadang untuk mengambil peperiksaan peringkat A-Level, dan akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti di Amerika Syarikat, tahun hadapan.
Ketika ditanya mengenai kehidupannya sebagai seorang yang pintar, Muhammad Amir Rafiq berkata beliau menganggap kebolehan berfikirnya itu sebagai satu anugerah Tuhan, yang akan memberi manfaat bukan setakat untuk diri sendiri malah kepada masyarakat juga.
"Antara kenangan semasa kecil yang saya masih ingat adalah ketika berumur empat tahun, saya suka membaca ensiklopedia perubatan milik datuk saya. Saya juga mempunyai kelebihan untuk 'scan' dan ingat setiap fakta yang dibaca," katanya.
Dalam pada itu bapanya, Mohd Rafee, 50, berkata beliau mula mengesan kelebihan anaknya itu, ketika Muhammad Amir Rafiq boleh membaca dan menulis semasa berusia tiga tahun.
"Ketika dia berusia dua tahun setengah saya ajar dia ABC hanya sekali sahaja. Esoknya dia terus tahu dan ingat semua abjad dari A hingga Z. Dari situ saya nampak anak saya ini ada kelebihan jadi saya hanya pantau dia.
"Dia juga mampu 'troubleshoot' komputer seawal usia lima tahun. Tetapi agak memerlukan kos yang tinggi kerana dia tidak bermain mainan seperti kanak-kanak lain. Dia hanya baca buku dan bermain dengan gajet," katanya yang bekerja sendiri.
Namun ibunya Azriza Abd Latif, 43, yang merupakan pekerja swasta, mengakui anaknya itu mempunyai kelemahan terutama melibatkan kemahiran insani (soft skills) seperti kemahiran berkomunikasi dan pergaulan sesama rakan sebayanya.
"Perkara teknikal memang sekali cakap sahaja dia ingat. Tetapi melibatkan 'soft skills' seperti perlu bersalaman dengan orang, kita kena ingatkan dia banyak kali. Dia juga kurang kawan yang sebaya dengannya, kerana pemikiran dia yang lapan atau sembilan tahun lebih dewasa. Jadi kami perlu sentiasa pantau dia," katanya.
Selain itu, adik Muhammad Amir Rafiq, Aina Batrisyia, 13, turut mempunyai kelebihan pemikiran lima tahun lebih ke hadapan dari umur sebenarnya, dan juga merupakan pelajar di Kolej GENIUS@Pintar Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 28 2019
Muhammad Amir Rafiq Mohd Rafee, 15, yang berasal dari Kemaman berkata, beliau beruntung kerana terpilih oleh Universiti Leibniz di Hannover, Jerman. Foto: Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan
Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.
Warganegara: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus sokongan dua pertiga
RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mac lalu, diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF
Keadaan di tempat perlindungan sangat sesak dan tidak mencukupi, dengan banyak kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menyebabkan kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Fasa kedua vaksinasi polio di Gaza bermula Isnin ini
Vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun selama tiga hari, dengan kemungkinan dilanjutkan untuk tambahan satu hari lagi.