awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar retak tulang hidung ditumbuk akibat pertelingkahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/03/2025
15:37 MYT
Pelajar retak tulang hidung ditumbuk akibat pertelingkahan
Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat itu berlaku berhampiran Saujana Impian, Kajang. - Tangkap layar video tular
KAJANG: Berpunca daripada pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat itu berlaku berhampiran Saujana Impian, di sini.
Menurutnya, mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Kajang.
"Siasatan juga mendapati mangsa tidak memiliki lesen dan polis sudah mengeluarkan saman ke atas kesalahan itu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Naazron berkata, bertindak atas laporan mangsa, polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun sekitar pukul 9.50 malam hari yang sama.
Siasatan ke atas penasihat agensi pelancongan itu katanya dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.
Topic Berkaitan
#pelajar ditumbuk
#video tular
#Polis Diraja Malaysia
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan