awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tajaan JPA boleh tangguh pulang ke Malaysia untuk bekerja

Bernama
Bernama
07/02/2024
07:20 MYT
Pelajar tajaan JPA boleh tangguh pulang ke Malaysia untuk bekerja
Menurut JPA, tempoh bekerja di luar negara akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan di dalam perjanjian. -Gambar hiasan/Freeimages
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju supaya pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara boleh dipertimbangkan untuk menangguhkan kepulangan ke Malaysia bagi tujuan bekerja di luar negara.
"Keputusan ini dibuat untuk memberi peluang kepada pelajar tajaan kerajaan menimba pengalaman dan kemahiran pekerjaan di luar negara sebelum balik berkhidmat di dalam negara," menurut JPA dalam kenyataan di sini hari ini.
JPA memaklumkan penangguhan itu tertakluk kepada beberapa ketetapan antaranya kebenaran bekerja berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pelajar tahun akhir di peringkat ijazah pertama dan tidak diberikan secara automatik.
Selain itu, tempoh penangguhan yang dibenarkan untuk bekerja di luar negara adalah tidak melebihi tiga tahun dan pelajar tajaan pinjaman dikehendaki membayar balik nilai pinjaman secara ansuran bulanan dalam tempoh tersebut.
Menurut JPA, tempoh bekerja di luar negara akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan di dalam perjanjian.
Bagi pelajar tajaan pinjaman, JPA memaklumkan pelarasan bayaran balik nilai pinjaman adalah berdasarkan sektor pekerjaan dalam negara dan hanya dibenarkan sekali sahaja setelah pelajar pulang ke Malaysia, tertakluk pada syarat yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Februari 2024 menerusi laman sesawanghttps://myself.jpa.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar tajaan JPA
#tangguh pulang ke Malaysia
#bekerja di luar negara
#Tempoh Ikatan Berkhidmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan