JOHOR BAHRU: Lahir tanpa kedua belah tangan serta kaki kanan dan bergantung hanya pada kaki kiri untuk melakukan rutin harian tidak menjadi halangan buat How Xue Qi, 18, memperoleh A- bagi mata pelajaran pendidikan seni visual selain lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Kejayaan itu membolehkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya itu terpilih menerima Anugerah Insipirasi pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 Negeri Johor yang berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini.
Bersyukur dengan anugerah itu, Xue Qi berkata dia amat terhutang budi dengan pihak sekolah, guru, rakan serta keluarga terutama ibu bapa dan kembarnya How Xue Thing, 18, yang sentiasa membantu serta memberi dorongan.
"Cikgu banyak bagi bantuan sebab saya melukis hanya guna kaki kiri dan semasa menunggu keputusan SPM saya takut juga kalau keputusan tidak bagus. Syukur lulus semua subjek dan mendapat A pada subjek yang saya minati.
"Saya memang minat melukis dan mewarna apa sahaja yang terlintas, semuanya datang dari hati," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.
Dalam majlis tersebut 60 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2023 diberikan anugerah yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata dia akan menyambung pelajaran ke tingkatan enam di sekolah yang sama dan bercita-cita menjadi pereka hiasan dalaman rumah suatu hari nanti.
"Diharap kisah saya ini menjadi pembakar semangat kepada mereka yang senasib dan nasihat saya kepada mereka jalani hidup macam biasa, sentiasa gembira serta yakin dengan kemampuan diri," katanya.
Penerima Anugerah Kecemerlangan bagi kategori Orang Asli, Anna Maria Ahmad, 18, yang memperoleh 5A dan 2B pula berkata dia berasa terkejut dan tidak menyangka akan mendapat keputusan yang baik sekali gus diraikan pada majlis hari ini.
"Saya gembira kerana hasil kerja keras membuahkan hasil dan semua ini juga hasil bantuan guru terutama ketika saya ketinggalan dalam pelajaran kerana ada masalah keluarga.
"Kunci pada kejayaan ini adalah banyak bertanya dengan guru dan rakan sekeliling sekiranya tidak faham. Saya juga banyak membeli buku untuk buat ulang kaji," katanya yang memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Moral dan Pendidikan Seni Visual.
Pelajar SMK Taman Rinting itu berkata dia berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi seterusnya mengejar impian menjadi peguam berjaya suatu hari nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
How Xue Qi amat terhutang budi dengan pihak sekolah, guru, rakan serta keluarga yang sentiasa membantu serta memberi dorongan. - Bernama
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Pelajar tanpa tangan dan sebelah kaki terima Anugerah Inspirasi SPM 2023
How Xue Qi menjadi penerima Anugerah Insipirasi pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 Negeri Johor.