awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar terbaik STPM 2021, Nur Yasmin amal surah Al-Waqiah, Yasin

Bernama
Bernama
18/08/2022
11:20 MYT
Pelajar terbaik STPM 2021, Nur Yasmin amal surah Al-Waqiah, Yasin
Pelajar cemerlang STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Nur Yasmin Hani Kasman (kiri) bersama Niki Amirul Zimi menunjukkan slip sijil STPM semasa ditemui pemberita di SMK Tengku Panglima Raja hari ini. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Amalan membaca surah al-Waqiah dan Yasin hampir setiap hari antara rahsia kejayaan Nur Yasmin Hani Kasman, 20, sehingga dinobatkan sebagai tiga pelajar terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 yang diumumkan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja itu berkata beliau tidak menyangka meraih keputusan cemerlang STPM dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 membabitkan mata pelajaran Geografi, Sejarah, Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Kesusateraan Melayu Komunikatif.
Katanya walaupun sebelum ini hanya meraih 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun tidak pernah menjadi halangan kepadanya untuk berusaha lebih gigih sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam STPM.
"Saya percaya antara penyumbang kepada kejayaan saya hari ini adalah amalan bacaan surah al-Waqiah dan Yasin yang diamalkan hampir setiap hari.
"Saya mula mengamalkannya selepas melihat satu hantaran di media sosial, Instagram yang memaklumkan mengenai kebaikan mengamalkan surah berkenaan dan sejak daripada itu saya tidak putus membacanya," katanya ketika ditemui pemberita di SMK Tengku Panglima Raja di sini hari ini.
Berkongsi kejayaan itu, Nur Yasmin yang bercita-cita menjadi guru Bahasa Melayu berkata antara kebaikan surah al-Waqiah adalah dimurahkan rezeki, manakala surah Yasin pula segala hajat yang dipohon akan dimakbulkan Allah SWT.
"Amalan surah ini menjadi ikhtiar dan 'makanan' rohani saya sebagai persediaan menduduki STPM. Bagaimanapun, usaha lain seperti solat sunat hajat dan sebagainya turut dilakukan.
"Kebiasaannya saya akan mengulang kaji pelajaran bermula 9 malam hingga selewat-lewatnya 2 pagi," katanya yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.
Anak kedua daripada empat adik beradik itu turut mendedikasikan kejayaannya itu kepada ibu bapanya, guru serta rakan sekolah yang banyak membantu dan memberi sokongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar terbaik STPM
#pelajar cemerlang
#Nur Yasmin Hani Kasman
#Surah Al-Waqiah
#yasin
#SMK Tengku Panglima Raja
#STPM 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan