awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar terlibat kes buli di Sabah digantung sekolah serta-merta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/09/2025
05:15 MYT
Pelajar terlibat kes buli di Sabah digantung sekolah serta-merta
Raisin berkata, tindakan segera itu diambil pihak pentadbir sekolah berdasarkan peraturan disiplin yang sedang berkuat kuasa. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR : Pelajar yang didakwa terbabit dalam kes buli di sebuah sekolah menengah di Sabah digantung sekolah serta-merta.

Ringkasan AI
  • Pelajar yang didakwa membuli di sebuah sekolah menengah di Sabah telah digantung serta-merta, dan dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk intervensi.
  • Mangsa, pelajar Tingkatan Dua, mendakwa ditendang, ditampar dan ditumbuk oleh pelajar senior, serta dipaksa menggosok pakaian pelajar lain di asrama.
  • Jabatan Pendidikan Sabah menegaskan tidak akan berkompromi dengan kes buli, dan komited menjaga keselamatan semua warga sekolah.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, tindakan segera itu diambil pihak pentadbir sekolah berdasarkan peraturan disiplin yang sedang berkuat kuasa.
"Selain tindakan penggantungan, murid berkenaan turut dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk tujuan intervensi," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Raisin menegaskan, Jabatan Pendidikan Sabah memandang serius salah laku buli dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana bentuk kesalahan disiplin seumpamanya.
"Kami komited memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Sabah sentiasa terpelihara,” tegasnya.
Sebelum ini, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di Kinarut, Sabah membuat dua laporan polis selepas dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior.
Dalam laporan itu, mangsa mendakwa ditendang di bahagian perut, ditampar pada pipi serta ditumbuk di hidung oleh seorang pelajar Tingkatan Empat kerana lambat masuk ke bilik asrama.
Pelajar terbabit turut dipaksa menggosok pakaian seorang lagi pelajar Tingkatan Tiga di sekolah sama.
Ibu mangsa membuat laporan pertama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar pada Khamis lalu, manakala laporan kedua dibuat di IPD Kota Kinabalu pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#mangsa buli
#Sabah
#Polis Diraja Malaysia
#digantung sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan