awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi UiTM Dungun: Imam sebak ketika solat jenazah, bacaan doa

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/10/2024
07:23 MYT
Tragedi UiTM Dungun: Imam sebak ketika solat jenazah, bacaan doa
Muhammad Adam mengimamkan solat jenazah tiga pelajar UiTM yang maut dalam kemalangan malam tadi. - Gambar/ Astro AWANI
DUNGUN: Imam Pusat Hidayah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, tidak dapat menahan sebak ketika membacakan doa selepas mengimamkan solat jenazah tiga penuntut universiti itu yang terkorban dalam nahas jalan raya.
Muhammad Adam Ali beberapa kali terpaksa memberhentikan bacaannya untuk menarik nafas dalam dan menenangkan diri.
Beliau berkata, sepanjang 10 tahun menjadi imam ini kali pertama mengimamkan jenazah yang ramai malah membabitkan kes kematian yang tragis.
"Saya juga sebak memikirkan mereka yang dianggap seperti anak apatah lagi mereka maut dalam proses menuntut ilmu, jadi ketika solat jenazah tadi, timbul rasa sebak dan sedih," katanya ketika ditemui selepas mengimamkan solat jenazah di Pusat Hidayah UiTM di sini sini hari ini.
Jelasnya lagi, hatinya sekali lagi menjadi sayu apabila membayangkan wajah ahli keluarga yang datang dalam keadaan yang sedih dan sebak.
“Sebagai imam, saya memohon untuk bersama-sama kita doakan kemudahan untuk mereka ketika menghadapi Allah SWT dan kekuatan untuk ahli keluarga mangsa dalam menghadapi ujian ini,” katanya.
Malam tadi, tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.
Tiga pelajar terbabit, Khairil Anwar Jamaludin, 20, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, meninggal dunia apabila dua motosikal jenis Yamaha LC135 serta Yamaha Y15 yang ditunggangi mereka dirempuh kenderaan Honda CRV dipandu seorang wanita.
Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke universiti selepas makan malam dilaporkan turut diseret hampir 60 meter.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu wanita yang dipercayai mengalami masalah mental dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.
Topic Berkaitan
#Tragedi UiTM Dungun
#Ku adib aizab ku azmi
#muhammad akmal md tikirin
#Khairil Anwar Jamaludin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan