awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar wanita kolej vokasional maut, motosikal ditunggang dilanggar kereta

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
08/02/2020
13:28 MYT
Pelajar wanita kolej vokasional maut, motosikal ditunggang dilanggar kereta
Mangsa, Nur Qistina Batrisya Mohd Aseri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Seorang pelajar wanita Kolej Vokasional Bachok maut selepas motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Pasir Tumbuh, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu, mangsa, Nur Qistina Batrisya Mohd Aseri, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan tersebut berlaku berpunca daripada kecuaian mangsa.
Katanya, disebabkan kecuaian itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Kampung Chica menghala ke Wakaf Che Yeh membelok secara cuai menyebabkan Perodua Myvi yang dipandu pemuda berusia 26 tahun terus melanggarnya.
"Semasa sampai di persimpangan lampu isyarat Pasir Tumboh, mangsa membelok ke kanan menghala ke Wakaf Che Yeh untuk pulang ke rumahnya sebelum dilanggar Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat perlanggaran berkenaan, Perodua Myvi yang dipandu pemuda itu yang juga pembantu katering kemudiannya melanggar bahagian kiri motosikal mangsa lalu memasuki laluan bertentangan dan terbabas di bahu sebelah kanan jalan dari arah Peringat menghala ke Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa maut di tempat kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
"Manakala pemandu Perodua Myvi hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan dihantar ke hospital yang sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di bawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan selain sampel darah dan air kencing pemandu Perodua Myvi juga diambil," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu akan dijalankan.
Topic Berkaitan
#kolej vokasional
#Kota Bharu
#maut dalam kemalangan
#motosikal ditunggang dilanggar kereta
#Nur Qistina Batrisya Mohd Aseri
#Pelajar wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan