Seorang warga Yaman yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya ditemui lemas di Pulau Perhentian Kecil kira-kira 2.20 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mangsa, Abkar Maged Mahmood Mohammed, 24 berada di pulau itu untuk bercuti bersama 12 rakannya yang lain sejak Selasa dan sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur hari ini atau esok.
Katanya, mayat mangsa telah ditemui di dasar laut berdekatan pantai peranginan Long Beach, Pulau Perhentian Kecil oleh anggota polis yang dibantu orang awam kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dikatakan hilang ketika mandi.
"Sebelum kejadian mangsa dikatakan telah pergi mandi di laut bersama seorang rakannya dan telah menghadapi masalah ketika berenang lalu hilang dan tenggelam sebelum disedari oleh rakannya," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Mohd Zamri berkata mayat mangsa di bawa ke Hospital Daerah Besut melalui Jeti Tok Bali, Kelantan kira-kira 5.30 petang, semalam dengan menggunakan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk bedah siasat.
Pihak kedutaan Yaman juga telah dimaklumkan megenai kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018
Mangsa dikatakan telah pergi mandi di laut bersama seorang rakannya dan menghadapi masalah ketika berenang lalu hilang dan tenggelam sebelum disedari oleh rakannya. - Gambar hiasan
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.
13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
Bot terbalik, pemancing udang ditemukan lemas
Mayat Hussin ditemukan terapung di permukaan sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 7.45 pagi ini.
Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat
Lima lelaki yang dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Tebu, Jabi di sini ditemukan selamat pada Sabtu.
Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz
Seorang bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz di Besut pada pagi Selasa.
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
Hafizah 30 juzuk al-Quran raih markah ACCA kedua tertinggi dunia
Safwa Zamri yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023.
Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan
Berdasarkan keputusan dibuat pada minggu lepas, Che Mohamad Zulkifly digantung tiga hari dan hanya dibenarkan masuk semula ke Dewan pada Selasa.
Ingkar arahan Timbalan Speaker, Ahli Parlimen Besut digantung tiga hari
Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor selepas Ahli Parlimen itu tidak duduk walaupun sudah diberi amaran sebanyak tiga kali.