awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon disiasat tumbuk teman wanita

Sinar Harian
Sinar Harian
08/07/2024
05:45 MYT
Pelakon disiasat tumbuk teman wanita
Suspek dipercayai menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang pelakon disiasat dipercayai menumbuk teman wanitanya di Ara Damansara, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan kejadian itu dibuat mangsa pada jam 6 petang di Balai Polis Sea Park.
Katanya, dalam kejadian itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.
"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi," katanya pada Isnin.
Beliau berkata, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.
Tambahnya, tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.
"Siasatan masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelakon ditahan
#tumbuk teman wanita
#polis
#kes jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan