KUALA LUMPUR: Seramai empat lelaki termasuk seorang pelakon drama, berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Januari lalu atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, di sebuah kedai rokok elektronik atau 'vape'.
Mereka ialah pelakon yang juga pemilik kedai itu, Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, dua pekerjanya, HS Sarvinder Singh, 23, dan Delson Dean Samson Akmal, 26, sementara seorang lagi, peniaga burger, Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30.
Ketika prosiding sebutan kes di hadapan Majistret Wong Chai Sia pada Rabu, Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan memberitahu bahawa, laporan kimia bagi kes berkenaan belum diterima.
Susulan itu, mahkamah menetapkan sebutan semula kes, pada 31 Mac ini.
Dalam kes ini, tertuduh pertama, Sarvinder Singh diwakili peguam, S Shastidaran manakala tiga tertuduh lain oleh peguam, Mohamed Ashmeer Ashrof.
Pada 10 Januari lalu, mereka didakwa dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis dengan anggaran berat 494 gram, di sebuah premis di Taman Oug Parklane Off Jalan Klang Lama di sini, pada jam 9.45 malam, 3 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan, hendaklah dijatuhi hukuman mati atau tidak kurang sembilan sebatan dan penjara seumur hidup.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Pada 4 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan, kegiatan sindiket menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau 'vape' terbongkar selepas empat daripada ahlinya ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, serbuan jam 9.45 malam itu berjaya menemukan dadah jenis ganja seberat 494 gram (g) dan cecair ganja sebanyak 3,496 milliliter (ml). -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 08 2023
Laporan Sinar Harian pada 4 Januari 2023.
Kecerdasan Buatan: United Kingdom berhasrat menjadi peneraju utama
Memetik Reuters, Perdana Menteri Keir Starmer berkata negara itu juga akan mewujudkan zon khas bagi pusat data dan akan menggalakkan lebih ramai graduan mempelajari kursus berfokuskan teknologi.
Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran hutan meningkat kepada 24
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.
Pelabur perlu fokus asas jangka panjang seperti JS-SEZ
Pasaran saham seperti FBMKLCI mencatatkan penurunan 2.43% dalam dua minggu pertama, mencerminkan ketidakseimbangan antara kekuatan asas ekonomi dan prestasi pasaran jangka pendek. Pelabur Malaysia untuk kekal berdisiplin dan memberi fokus kepada asas jangka panjang dalam menghadapi jurang antara data ekonomi dan prestasi pasaran.
Pertumbuhan nilai eksport China catat peningkatan
Pertumbuhan nilai eksport China dilaporkan meningkat pesat pada Disember tahun lalu. Menerusi data disediakan kastam negara itu, prestasi import juga terus memulih sekali gus menyaksikan penutupan tahun 2024 yang positif.
Paras stok minyak sawit mungkin terus menyusut
Paras stok minyak sawit berkemungkinan besar terus menyusut bulan ini didorong eksport musim sejuk yang lemah. Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, ia sekali gus mengurangkan daya saing harga berbanding minyak alternatif lain.
JS-SEZ: Ruang dan peluang pekerjaan, galak pembangunan modal insan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membuka peluang pekerjaan dan memacu pembangunan modal insan tempatan, dengan penekanan kepada kemahiran tinggi dan kolaborasi ekonomi dua hala.
Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon
Kutipan semula kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) berjaya diturunkan kepada sekitar sembilan peratus setakat ini.
Jualan borong, runcit November 2025 cecah RM149.3 bilion
Jumlah jualan sektor perdagangan borong dan runcit mencatatkan nilai sebanyak RM149.3 bilion pada November 2024.
Sarawak capai sasaran pendapatan RM14.2 bilion bagi 2024
Sarawak capai sasaran menjana pendapatan RM14.2 bilion bagi tahun 2024 sekali gus mencipta sejarah hasil tertinggi bagi negeri itu.
Kadar pengangguran 2025 diunjur pada 3.1 peratus
Kadar purata pengangguran bagi 2025 diunjur berada pada kadar 3.1 peratus, disokong pertumbuhan permintaan domestik yang stabil.
Pelakon drama, tiga rakan berdepan hukuman mati
Seramai empat lelaki termasuk seorang pelakon drama, berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis.