awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Hollywood Anne Heche melecur teruk kereta dipandu rempuh rumah

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2022
22:45 MYT
Pelakon Hollywood Anne Heche melecur teruk kereta dipandu rempuh rumah
Heche dilapor melecur teruk selepas kereta dipandunya merempuh sebuah rumah dan mencetuskan kebakaran. -Gambar fail/Reuters
PELAKON Hollywood Anne Heche dilapor melecur teruk setelah terlibat dalam nahas kereta di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Dalam insiden yang berlaku awal petang Khamis di kawasan Mar Vista itu, Heche yang memandu Mini Cooper berwarna biru dikatakan merempuh sebuah rumah dan mencetuskan kebakaran, lapor portal hiburan TMZ.
Sebelum kejadian, saksi memberitahu bahawa kereta dipandu Heche pada mulanya merempuh sebuah garaj kompleks apartmen.
Penduduk cuba mengeluarkannya dari kenderaan, namun dia sebaliknya mengundurkan kereta dan berlalu pergi.
Laporan itu menambah bahawa Heche kemudian merempuh sebuah rumah berhampiran menyebabkan keretanya terbakar dan menyambar kediaman berkenaan.
Heche mengalami kecederaan melecur yang serius.
Dia kemudian dibawa dengan pengusung ke ambulans berdekatan dan kini berada di hospital.
Menurut TMZ, Heche sedang diintubasi dan berada dalam keadaan stabil.
Heche mula terkenal pada era 1990-an dengan watak dalam filem antaranya "Donnie Brasco", "Volcano" dan "I Know What You Did Last Summer".
Dia kemudian muncul sebagai peserta dalam rancangan "Dancing With The Stars" pada tahun 2000.
Heche bakal muncul dalam siri HBO "The Idol".
Topic Berkaitan
#Anne Heche
#Mar Vista
#Mini Cooper
#melecur teruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan