awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2024
21:30 MYT
Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia
Johan meninggal dunia pada Sabtu jam 7.20 malam, akibat jangkitan kuman dalam darah. - Foto Instagram Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
SEREMBAN: Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di sini semalam.
Isterinya, Sarepah Meriam Aboo, 51, dihubungi Sinar Harian berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.
"Sebenarnya dalam seminggu ini arwah tidak ada selera makan melainkan hanya minum susu dan disebabkan itu badannya semakin lemah.
"Pada jam 12 tengah hari tadi, dia masih boleh duduk lagi, tapi tiba-tiba jam 3 petang itu nafasnya mula tercungap-cungap," katanya.
Ujarnya, Allahyarham kemudiannya telah dibawa ke hospital selepas jirannya menghubungi ambulans.
Tambahnya, selepas tempoh 40 minit dirawat di zon kecemasan, arwah diberi bantuan pernafasan dan diberitahu oleh doktor ada jangkitan kuman dalam darah.
"Sepatutnya Rabu depan arwah ada rawatan susulan berkenaan radang usus, tapi nampaknya tak sempat.
"Arwah ini ada pelbagai penyakit iaitu penyakit angin ahmar, parkinson, jantung, keradangan usus dan otak mengecut," katanya.
Bagaimanapun, kata Sarepah Meriam, dia tidak sangka yang suaminya itu akan pergi secepat itu.
Ujarnya, arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale di sini pada jam 11.30 pagi ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#johan abdullah
#meninggal dunia
#pelakon
#jangkitan kuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan