Polis menahan seorang pelakon selepas disyaki menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, pihaknya menahan suspek yang berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay Ampang, Selangor, pada Selasa.
"Suami wanita itu berusia 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga mendapati isterinya telah tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.
"Suaminya mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, polis telah menahan reman suspek bermula hari ini sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib," jelasnya.
Afiezy Azaman
Wed May 27 2020
Polis telah menahan reman suspek bermula hari ini sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
PRN: Polis siasat calon Pas kes pikat, ganggu isteri orang
Polis memaklumkan siasatan ke atas seorang calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu atas dakwaan menganggu isteri orang, hampir siap.
Ceroboh masuk bilik hotel isteri orang, bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan
Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang pernah menggegarkan dunia sukan tanah air ditahan polis kerana dipercayai menceroboh masuk bilik hotel seorang wanita berstatus isteri orang.
Polis buka kertas siasatan anggota didakwa ganggu isteri orang
Polis juga telah menerima laporan daripada suami wanita terbabit mengenai salah laku anggota berusia 36 tahun yang bertugas di Balai Polis Ayer Keroh itu.
Pelakon muda ditahan jalin hubungan dengan isteri orang
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkata, pihaknya menahan suspek yang berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay Ampang, Selangor, pada Selasa.