Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sedang mengkaji pendekatan lain bagi menjana pendapatan daripada sumber hutan, tanpa melibatkan pembalakan.
Menurut Pengarah jabatan itu, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman, ia antara rancangan pihak jabatan bagi mengurangkan aktiviti pembalakan pada masa depan dan pada masa yang sama mempelbagaikan kegunaan hutan.
Menyedari tentang kepentingan memelihara kawasan hijau dan tadahan air, Jabatan Perhutanan Negeri sedang mengkaji pelaksanaan bayaran perkhidmatan ekosistem (PES) bagi melestarikan sumber hutan.
"Sekarang ini kita lihat 'forest beyond timber', yang bermaksud Jabatan Perhutanan akan melihat pembalakan bukan sebagai salah satu punca utama hasil kepada kerajaan negeri.
"Kita akan melihat daripada segi eko-pelancongan, biodiversiti, perubatan, mungkin itu sumber pendapatan bagi pihak negeri pada masa hadapan. Maksudnya kita melihat dari segi perkhidmatan hutan," katanya dalam temubual Astro AWANI.
Tidak dinafikan sektor pembalakan adalah penting sebagai sumber pendapatan negeri Pahang.
Malah, menurut Mohd Paiz, kegiatan pembalakan juga dapat menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika.
"Dari segi ekologi, pokok-pokok di hutan tumbuh bergantung kepada "jurang" dalam litupan hutan. Apabila ada "jurang" baru cahaya boleh masuk. Dari segi pembungaan, hutan tropika tidak mengikut waktu. Apabila berbunga, ia akan berbunga dengan banyak dan bergantung apabila ada cahaya, ia akan tumbuh.
"Jadi pembalakan ini adalah salah satu cara bagaimana mempelbagaikan hutan kita. Tetapi ada kriteria yang perlu dipatuhi. Contohnya, tidak menebang habis semua pokok-pokok dan apabila wujud kawasan lapang, kita tanam balik pokok," katanya.
Untuk rekod, kawasan berhutan di Pahang meliputi keluasan sekitar 2.5 juta hektar, merangkumi 54 peratus keluasan di negeri Pahang sendiri.
Daripada jumlah itu, 561,868 hektar tanah adalah berstatus hutan dilindungi sepenuhnya.
Tan Su Lin
Sat Apr 16 2016
MOHD PAIZ: Sekarang ini kita lihat 'forest beyond timber' bermaksud Jabatan Perhutanan akan melihat pembalakan bukan salah satu punca utama hasil kepada kerajaan negeri.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Pelaksanaan 'Bayaran Perkhidmatan Ekosistem' dikaji demi kurangkan pembalakan
Menyedari kepentingan memelihara kawasan hijau dan tadahan air, Jabatan Perhutanan Negeri mengkaji pelaksanaan bayaran perkhidmatan ekosistem (PES) bagi melestarikan sumber hutan.
Jabatan Perhutanan Pahang nafi dakwaan isu balak haram Ulu Tembeling
Tanah yang didakwa berlaku pembalakan haram itu dikatakan tanah milik kerajaan yang bersempadan dengan kompartmen 222 dan 223, hutan simpan berkenaan.