PUTRAJAYA:Kerajaan bersetuju menangguhkan pelaksanaan levi pelbagai peringkat (multi tier levy) dari 1 Januari ke 1 Julai 2021 tahun depan bagi memastikan kelangsungan sektor perniagaan menggunakan tenaga kerja asing di negara ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing pada Khamis.
"Kita telah bersetuju cadangan Kementerian Sumber Manusia menangguhkan multi tier levy dari 1 Januari 2021 yang telah diluluskan mesyuarat lepas, kita tangguhkan kepada 1 Julai 2021.
"Langkah diambil setelah kita lihat impak pandemik COVID-19 menjejaskan pertumbuhan industri dan operasi perniagaan. Mesyuarat memutuskan kadar multi tier levy setiap sektor dikaji semula bagi pelaksanaan kelak," jelas Hamzah.
Sementara itu, menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira faktor kelangsungan perniagaan, peningkatan kos perniagaan dan impak kekurangan tenaga kerja dalam sektor berasaskan 3D dan daya tahan industri.
"Dalam tempoh penangguhan ini, saya dan Menteri Dalam Negeri ingin menyeru kepada pihak industri untuk menstrukturkan semula perniagaan mereka terutamanya dari aspek tenaga kerja, memberi keutamaan kepada pekerja tempatan.
"Mengoptimumkan insentif-insentif kerajaan ke arah peralihan kepada insentif berasaskan automasi dan mengoptimumkan pelaksanaan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin khususnya bagi industri 3D," katanya.
Pada masa sama jelasnya, mesyuarat juga bersetuju agar tiada pengambilan pekerja asing buat masa ini, yang juga selaras dengan penutupan sempadan negara dan moratorium pekerja asing.
Fareez Azman
Thu Dec 03 2020

Menurut Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kiri), keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Penculikan | 279 pelajar diculik di asrama, dipulangkan
Ratusan pelajar sekolah di Nigeria yang diculik dari sekolah berasrama penuh di Zamfara minggu lalu telah dibebaskan semula pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, seramai 279 kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Liga Hoki Malaysia | Tiga pemain THT perlu kemuka surat bebas COVID-19
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ia bagi memastikan mereka benar-benar sembuh, sekali gus mengelakkan risiko jangkitan kepada pemain lain.

Penerima Organ | Jenazah Mohd Afiq selamat disemadikan
Jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad, 23, penerima hati pertama negara selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, kira-kira jam 6 petang tadi.

Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga - Pakar
Ekonomi negara dijangka pulih pada suku ketiga. Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma melihat, pemulihan itu akan berlaku dengan pantas sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard, SOP dengan ketat.

Gelembung Sukan | KHM tidak kompromi pasukan langgar SOP
Tindakan mengantung pasukan mungkin boleh dipertimbangkan jika didapati prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

Soalan Bocor | Berdiam diri tidak selesai masalah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu mengeluarkan kenyataan berhubung soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 didakwa bocor melibatkan topik Kertas 2 subjek Sejarah.

Peperiksaan Utama | KPM perlu pertimbang selaraskan jadual peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan cadangan untuk penyelarasan semula peperiksaan utama di Malaysia.

Duta AS ke Malaysia | Mcfeeters teruja kembali bertugas di Malaysia
Brian Mcfeeters, yang sebelum ini merupakan Penasihat Politik Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, kembali dengan tugasan baharu. Kali ini sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Menerusi satu perkongsian video dimuatnaik menerusi akaun Kedutaan Amerika di Youtube, Mcfeeters akui teruja dan tidak sabar untuk berbakti dalam menjalankan komitmen ketika Malaysia dan Amerika berdepan pandemik.

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 02 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Capaian Internet | Rakyat sambut baik teknologi 5G daripada kerajaan
Rata-rata penduduk yang ditemui Astro AWANI menyambut baik penambahbaikan teknologi 5G yang diperkenal kerjaan bagi tujuan pembelajaran, perniagaan mahupun pekerjaan seharian yang lebih lancar.

Pelaksanaan levi pelbagai peringkat ditangguh dari 1 Jan hingga 1 Julai 2021
Kerajaan bersetuju menangguhkan pelaksanaan levi pelbagai peringkat (multi tier levy) dari 1 Januari ke 1 Julai 2021 depan.