awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan projek NRES kurangkan insiden kebakaran hutan paya gambut

Bernama
Bernama
14/02/2024
13:34 MYT
Pelaksanaan projek NRES kurangkan insiden kebakaran hutan paya gambut
Nik Nazmi berkata aktiviti pencegahan kebakaran tanah gambut dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dijalankan di bawah projek SMPEM. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang melaksanakan projek Sustainable Management of Peatland Ecosystems in Malaysia (SMPEM) sebagai antara inisiatif mengelakkan berlakunya kebakaran tanah gambut akibat cuaca kering berikutan fenomena El-Nino.
Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek SMPEM bertujuan menguruskan tanah gambut di Malaysia secara mampan dan bersepadu untuk memulihara sumber, mengelakkan degradasi dan kebakaran melalui pendekatan holistik dengan memperkasakan tatakelola institusi, meningkatkan koordinasi antara agensi serta penglibatan masyarakat setempat.
"Antara hasil awal yang diperoleh daripada aktiviti projek SMPEM ini dan Projek Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 iaitu Projek Pengurusan dan Konservasi Hutan Simpan Paya Gambut dalam Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia adalah mengawal dan mengurangkan insiden kebakaran hutan paya gambut di Semenanjung Malaysia.
"Ini dapat dilihat dengan pengurangan insiden kebakaran hutan paya gambut di Semenanjung Malaysia pada 2023 yang hanya melibatkan keluasan 25.2 hektar berbanding seluas 385.2 hektar pada 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Selangor dan Pahang, dengan keluasan kebakaran Hutan Paya Gambut pada 2020 masing-masing 160 dan 171.7 hektar juga berkurangan kepada 6.9 hektar dan 2.1 hektar sahaja pada tahun lepas.
Nik Nazmi berkata aktiviti pencegahan kebakaran tanah gambut dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dijalankan di bawah projek SMPEM.
Selain itu, aktiviti pencegahan kebakaran tanah gambut di bawah projek ini juga melibatkan latihan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri dan komuniti setempat, pembelian peralatan pengawalan kebakaran hutan, menjalankan aktiviti kesedaran kepentingan tanah gambut, program restorasi hutan paya gambut dan pemantauan paras air dalam tanah gambut.
"Saya menyeru supaya kerjasama kolektif daripada pelbagai pihak diperkukuh untuk memulihara dan memelihara ekosistem tanah gambut yang sangat berharga demi generasi masa kini dan akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek NRES
#Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
#kebakaran hutan paya gambut
#Nik Nazmi Nik Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan