SHAH ALAM: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil pendekatan menerusi pelan Al-Falah dan komunikasi dalam usaha menangani isu sensitif berkaitan agama Islam dan berita palsu.
Timbalan menterinya, Zulkifli Hasan berkata, inisiatif tersebut membolehkan sebarang isu-isu semasa dapat dijawab dengan lebih tangkas dan efisien.
"Malah kami juga sudah mengaktifkan semula jawatankuasa khas bagi memantau isu agama supaya masyarakat diberi maklum balas dengan kadar segera.
"Kami sangat mengambil perhatian kepada kualiti sesuatu perkara untuk dimaklumkan kepada masyarakat kerana ia perlu dipastikan kesahihan fakta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Interviu siri 08 yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, pada Selasa.
Program dihoskan Haizir Othman itu membincangkan tajuk 'Muslim Ramah atau Muslim Marah?’.
Dalam pada itu, tambah Zulkifli, pihaknya amat menitikberatkan kepada fakta yang tepat bagi memberikan pencerahan sesuatu isu sekali gus boleh menenangkan serta mendamaikan masyarakat.
"Kita tidak mahu maklum balas yang pantas namun ada penambahbaikan pembetulan pada kemudiannya, pihak kami ingin pastikan apa yang ingin dikongsikan kepada masyarakat itu merupakan sesuatu yang benar dan sahih.
"Selain itu, kami telah melakukan kerjasama dengan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk bergerak seiring bagi mencapai objektif tersebut," katanya.
Jelas beliau, jabatan berkenaan turut mempunyai 14 agensi di bawah satu payung digerakkan secara bersama yang akan diperkukuh dari semasa ke semasa.
Ujarnya, media arus perdana sangat penting untuk difokuskan bagi mencapai keseluruhan segmen dalam masyarakat.
"Apa yang diperlukan mereka ini adalah maklumat dan informasi yang tepat menerusi platform yang pelbagai, ia sudah dilaksanakan dan kesannya akan nampak mengikut peredaran masa.
"Saya jangkakan keberkesanan itu akan dirasakan dan masyarakat boleh membuat rujukan kepada semua platform daripada agensi-agensi agama yang berkenaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 10 2024
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Pelan Al-Falah, komunikasi tangani isu sensitif berkaitan agama - Zulkifli Hasan
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil pendekatan menerusi pelan Al-Falah dan komunikasi dalam usaha menangani isu sensitif berkaitan agama Islam dan berita palsu.
Dakwaan Malaysia tidak anjur tilawah al-Quran tahun ini tidak benar
Dakwaan yang tular di media sosial kononnya pertandingan tilawah al-Quran tidak dianjurkan di Malaysia pada tahun ini adalah tidak benar.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
Kerajaan bakal tubuh Jabatan Pendakwaan Syarie, perkukuh ekosistem perundangan syariah
Kerajaan akan menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) dalam usaha memperkukuh ekosistem perundangan syariah di negara ini.
Program imarah masjid, semarak subuh akan diperkasa - Zulkifli
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperkasakan lagi program pengimarahan masjid dan mengadakan program semarak subuh pada tahun ini.
Banjir: Hampir setengah juta bantuan diagih kepada mangsa di pantai timur - Zulkifli
Sumbangan segera berbentuk bantuan makanan dan kit kebersihan itu diagihkan menerusi program Rahmah MADANI oleh 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Amir Hamzah, Zulkifli Hasan angkat sumpah Senator
Amir Hamzah sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP manakala Zulkifli bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM.
Indonesia haramkan TikTok e-dagang
Langkah tersebut dibuat selepas tiga bulan lalu TikTok berjanji untuk melabur berbilion dolar di Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia.