awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Induk Aksesibiliti perkasa golongan OKU - Wan Azizah

Fareez Azman
Fareez Azman
13/01/2019
15:48 MYT
Pelan Induk Aksesibiliti perkasa golongan OKU - Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) merasmikan Wheel Walk Fun Run sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Peringkat Kebangsaan hari ini. - Foto BERNAMA
Golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini akan terus diperkasa dan dibela menerusi Pelan Induk Aksesibiliti.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mesyuarat yang dipengerusikannya 13 November lalu telah bersetuju mengambil beberapa pendekatan terhadap golongan berkenaan.
"Perkara tersebut juga dijangka akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) yang akan datang.
"Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) juga telah mencadangkan peluasan perkhidmatan e-hailing kepada OKU.
"Mesyuarat juga bersetuju akan cadangan pendidikan inklusif diadakan di semua sekolah di peringkat negeri bagi memberi peluang kepada pelajar OKU menikmati peluang pendidikan yang inklusif," jelasnya.
Katanya, turut dicadangkan ialah kerja menaik taraf infrastruktur sekolah menepati ciri-ciri menyeluruh yang mengambil kira kebajikan OKU.
Malah kata Wan Azizah, industri pelancongan mesra OKU juga akan diperkenalkan bagi memangkin ekonomi negara.
Tidak terlepas kepada golongan OKU yang ingin mencari pekerjaan yang sesuai, menerusi portal khas iaitu SpecialJobs.com.my yang akan diperkenalkan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari OKU 2018 anjuran Majlis Paralimpik Malaysia. pada Ahad.
Topic Berkaitan
#e-hailing
#Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya
#mesyuarat
#OKU
#Orang Kurang Upaya
#Pelan Induk Aksesibiliti
#pendidikan
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan