KUALA LUMPUR:Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang berakhir semalam menyaksikan blok serantau itu berjaya melancarkan Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM2025) di bawah kepimpinan Malaysia, yang akan merangka landskap digital untuk lima tahun akan datang.
Malaysia, sebagai tuan rumah ADGMIN1, diberi penghormatan menyelaraskan pembangunan ADM2025, Pelan Induk lima tahun bertujuan mempermudah kerjasama serantau dalam memajukan sektor digital di ASEAN.
ADGMIN1 muncul di saat sangat mencabar dan kritikal kerana ekosistem digital semakin penting dalam kehidupan masyarakat dan perniagaan di seluruh ASEAN terutama ketika pandemik COVID-19, dan ADM2025 diharap akan mendorong pertumbuhan ekonomi digital di rantau yang mempunyai lebih 600 juta penduduk.
Ekonomi digital rantau ini bernilai US$ 100 bilion tahun lalu, dan dijangka mencecah lebih US$300 bilion pada 2025, menurut laporan e-Conomy SEA 2020.
ADM2025 yang dilancarkan semalam menyenaraikan lapan sasaran, termasuk mempercepat pemulihan ASEAN daripada COVID-19, peningkatan kualiti dan liputan infrastruktur jalur lebar, penyampaian perkhidmatan digital bermutu dan pasaran kompetitif yang mampan untuk bekalan perkhidmatan digital.
ADM2025 juga menyasarkan peningkatan kualiti dan tahap penggunaan perkhidmatan e-kerajaan, perkhidmatan digital untuk menghubungkan perniagaan dan menyediakan dagangan rentas sempadan, peningkatan keupayaan perniagaan dan masyarakat dalam ekonomi digital.
ADGMIN1 juga menerima pakai Deklarasi Putrajaya mengenai mengenai ‘ASEAN - sebuah Komuniti yang Dihubungkan Secara Digital’.
Mesyuarat dua hari itu dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah secara maya, turut membincangkan beberapa isu berkaitan termasuk keselamatan siber, kerjasama ICT dan pemulihan COVID-19.
ADGMIN1 turut disertai Rakan Dialog ASEAN - China, Jepun, Korea Selatan, India dan Amerika Syarikat - serta Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, Menteri ASEAN berharap akan dapat mengukuhkan lagi kesepakatan dengan Rakan Kongsi Dialog dan Rakan Pembangunan bagi meningkatkan kerjasama digital, mengembangkan modal insan, meneroka teknologi baharu dan memperkasa keupayaan menangani risiko ancaman siber.
Menteri ASEAN mengulangi komitmen untuk meneruskan dialog mengenai dasar dan peraturan serta menggesa penyertaan lebih luas daripada sektor swasta bagi membangun prasarana dan perkhidmatan ICT berkualiti.
Menurut Forum Ekonomi Dunia, dengan lebih 125,000 pengguna baharu Internet setiap hari, ekonomi digital ASEAN diramal berkembang pesat, dan diunjur menokok US$1 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar serantau dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.
Mesyuarat Menteri Digital ASEAN Kedua dan Mesyuarat dengan Rakan Dialog serta ITU akan diadakan di Myanmar pada penghujung 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021

ADM2025 menyenaraikan lapan sasaran, termasuk mempercepat pemulihan ASEAN daripada COVID-19, peningkatan kualiti dan liputan infrastruktur jalur lebar dan penyampaian perkhidmatan digital bermutu. --fotoBERNAMA
![[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin [INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893558/8967789641614789796507_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 03 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perodua Ativa | Teknologi terkini dengan harga lebih berpatutan
Selepas sekian lama berteka-teki, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Perodua Ativa pada 3 Mac 2021.

Dadah | Sindiket dadah guna kurier tumpas
Tiga lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan pada 26 Februari lalu sekaligus satu sindiket penghantaran dan pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantar barang di sekitar Lembah Klang ditumpaskan. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan, penghantar barang atau runner yang membawa bekalan dadah berkenaan memperoleh ganjaran lumayan sehingga RM10,000 untuk setiap 'trip'.

Struktur Runtuh | Dua maut, tiga mangsa terselamat
Dua wanita maut, sementara tiga individu lain termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan mereka naiki dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada petang Rabu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, turut memaklumkan kesemua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan berjaya dikeluarkan.

Runtuhan Binaan SUKE | Tunggu laporan pihak berkuasa - Fadillah
Dalam pada itu Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan laporan awal mendapati insiden struktur pembinaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh pada petang Rabu disebabkan ia dilanggar sebuah treler. Beliau yang berada di Program Bicara Naratif Terbitan RTM turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berhubung kejadian berkenaan dikeluarkan pihak berkuasa.

Kemalangan| Mangsa berkongsi detik cemas melalui telefon
Terdahulu, salah seorang mangsa runtuhan struktur binaan di Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang sempat dihubungi suaminya ketika masih dalam keadaan terperangkap di bawah sisa runtuhan. Mangsa, Zakiah Yaakop, 51 tahun yang sempat dihubungi suaminya, Kamarulzaman Awang memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun mengalami kesukaran untuk bergerak.

Kemalangan | Lori tiada kaitan dengan SUKE - Prolintas
Sementara itu Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi Projek Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menafikan lori yang melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang rabu terlibat dalam pembinaan lebuh raya berkenaan. Ia juga mendakwa lori jenis treler itu membawa lebih muatan. Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Dana 1MDB | Siasatan terhadap Tawfiq Ayman masih berjalan
Polis masih meneruskan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan penerimaan Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun bank miliknya di Singapura. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan dibuat mengikut seksyen 4(1)(A) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada hasil daripada aktiviti haram 2001.

Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen

KKMM bakal tubuh Unit Komunikasi OKU - Saifuddin
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kini dalam proses menubuhkan Unit Komunikasi Orang Kurang Upaya (OKU).

Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin berkonsep hibrid
Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin esok akan mengetengahkan konsep hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan maya.

Kerajaan perlu tumpu usaha perbaiki polisi negara - Saifuddin
Kerajaan perlu berusaha ke arah memperkukuh polisi negara yang merujuk kepada kefahaman dan penghayatan dalam Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara.

Pendekatan holistik, inklusif penting bagi capai aspirasi MyDIGITAL - Saifuddin
MyDIGITAL menetapkan inisiatif penyatuan dan hasil yang disasarkan untuk disampaikan melalui enam teras strategi.

Malaysia akan lancar makmal ujian keselamatan siber 5G pertama di Asia Tenggara
Makmal ujian akan menjadi model keselamatan siber secara menyeluruh yang merangkumi sejumlah senario dan menawarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih dan penilaian perkakasan.

SPV untuk pastikan pelaksanaan 5G lebih pantas - Saifuddin
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) menerusi Syarikat Bertujuan Khas (SPV) untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan pantas.

Tindakan kecam, ketawakan guru sains DidikTV perbuatan buli siber - Saifuddin Abdullah
Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber.

Undi 18: Perkasa dan kepercayaan kepada golongan muda - Saifuddin
Undi 18 adalah soal pemerkasaan orang muda dan mereka seharusnya diberikan kepercayaan untuk membuat keputusan dalam semua bidang dan peringkat.

Syarikat produksi perlu mohon SPP khas bagi penggambaran dalam studio - Saifuddin
Pemantauan berkala juga akan dilaksanakan di lokasi penggambaran oleh penguat kuasa Finas bagi memastikan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) tidak dikompromi.

Keselamatan internet negara masih dalam keadaan terkawal
Ancaman siber adalah perkara yang berlaku setiap hari, bukan hanya di Malaysia, satu dunia berdepan masalah sama.