awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Cara U Sabah ULTRA5G Fest meriahkan KK, tarik lebih 10,000 pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan induk pembangunan AHTV akan dimuktamad, dijangka bermula tahun depan

Bernama
Bernama
13/12/2023
21:40 MYT
Pelan induk pembangunan AHTV akan dimuktamad, dijangka bermula tahun depan
Saarani berkata, pada masa ini, kerajaan negeri sedang menunggu rangka pelan induk pembangunan AHTV itu yang akan dikemukakan pihak terlibat. - Foto fail/SUK Perak
IPOH: Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim melibatkan pelaburan RM40 bilion yang akan dibangunkan oleh DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dijangka dimulakan tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pada masa ini, kerajaan negeri sedang menunggu rangka pelan induk pembangunan AHTV itu yang akan dikemukakan pihak terlibat.
Kerajaan negeri juga dimaklumkan mengenai pelan induk baharu yang akan dimuktamadkan itu semasa pertemuan dengan pihak Geely di pejabat Menteri Besar semalam, katanya.
"Apabila kita sudah mengetahui pelan induk itu, baru kita (kerajaan negeri) boleh menentukan langkah pelaksanaan seterusnya. Jadi, ada beberapa perkara mengenai soal tanah, soal utiliti seperti Lembaga Air Perak dan Tenaga Nasional Bhd dan juga peraturan berkait dengan Majlis Daerah Tanjung Malim," katanya di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri hari anugerah Pelajar Anak Angkat Cikgu Saarani dan Pelajar Inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani daerah Kinta di bawah Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera.
Saarani berkata kerajaan negeri akan menyediakan dan menambah baik kemudahan serta infrastruktur di sekitar kawasan pembangunan AHTV.
"Kita (kerajaan negeri) memberi maklum balas bahawa kita akan membantu mereka untuk memudahkanpelaksanaan pembangunan itu kerana pihak Geely mahu mempercepat pembangunan AHTV," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangunan AHTV akan mengubah Tanjung Malim menjadi sebuah hab automotif bertaraf global untuk kenderaan tenaga baharu (NEV).
Selain itu, AHTV juga akan menyokong perkhidmatan dalam ekosistem yang berkaitan seperti logistik, latihan dan institusi pembelajaran dalam bandar pintar untuk industri automotif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AHTV
#Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif
#Saarani Mohamad
#Tanjung Malim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan