awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong asing parah ditetak di George Town

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2018
06:32 MYT
Pelancong asing parah ditetak di George Town
Keadaan mangsa yang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan sambil dikelilingi rakan-rakannya. - Astro AWANI
Seorang pelancong warga asing parah selepas ditetak dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Jalan Penang, George Town, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, mangsa yang merupakan warganegara Britain berusia 30-an cedera di bahagian leher dan tidak sedarkan diri akibat ditetak menggunakan pisau pemotong kertas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.10 pagi memaklumkan terdapat pergaduhan di hadapan Restoran Jaya di Jalan Penang.
Rakan mangsa yang ditemui di lokasi kejadian memaklumkan hanya ternampak sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan restoran tersebut namun tidak mengetahui tentang kejadian itu.
Menurut Anuar, rakan mangsa hanya menyedari mangsa dipukul selepas melihatnya terjatuh dalam keadaan berlumuran darah.
Menurut Anuar, lokasi kejadian terdapat kamera litar tertutup (CCTV), namun kabur dan tidak jelas.
Katanya, polis masih belum dapat merakam percakapan mangsa berikutan masih tidak sedarkan diri dan sedang menerima rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata.
Anuar berkata susulan kejadian itu, pihaknya telah menahan reman seorang lelaki sehingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan dan kini sedang memburu beberapa suspek lain yang mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.
Topic Berkaitan
#Britain
#jenayah
#PDRM
#pelancong
#pergaduhan
#polis
#pulau pinang
#senjata
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan