Susulan tular gambar yang mendakwa 1,000 pelancong dari China memasuki Pulau Pinang pada Ahad sehingga mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai, Pengerusi Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin memaklumkan kesemua mereka berada di negeri itu untuk tempoh tujuh jam sebelum meneruskan perjalanan ke Phuket, Thailand.
Menurut Yeoh, saringan kesihatan telah dilakukan pihak Jabatan Kesihatan negeri sebaik pelancong asing berkenaan turun dari kapal persiaran mewah yang berlabuh di Swettenham Pier.
"Kapal tersebut datang dari Singapura dan kita percaya kesemua mereka sudah menjalani saringan kesihatan di sana, sebelum dibenarkan berlayar dan mereka juga akan menjalani saringan kesihatan yang sama di pintu masuk ke negeri ini," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Tambahnya, Jabatan Kesihatan Negeri sebagai pihak yang bertanggungjawab telah mengambil langkah semakan terhadap pelawat di setiap pintu masuk.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud memaklumkan seramai 1,209 warganegara China telah memasuki Pelabuhan Pulau Pinang di Jeti Swettenham dengan menaiki kapal Persiaran pada jam 6.15 pagi Ahad.
Muhammad Husni berkata kapal persiaran itu dalam perjalanan dari Singapura ke Pelabuhan Klang, Selangor sebelum singgah di Pulau Pinang dan meneruskan perjalanan ke Phuket,Thailand pada jam 5 petang Ahad.
Katanya, pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri telah membuat pemeriksaan tahap kesihatan kesemua penumpang dan kru sebaik mereka tiba di negeri ini pagi tadi.
"Tiada seorang pelancong dari China itu yang dikesan atau dirujuk oleh petugas Jabatan Kesihatan kepada pihak Imigresen. Ertinya, tiada yang disyaki pembawa virus berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas isu kemasukan pelancong dari Negara China yang tular di media sosial dan mencetuskan suasana panik berikutan kes penularan wabak koronavirus dari Wuhan, China.
Astro Awani
Sun Jan 26 2020
Saringan kesihatan telah dilakukan pihak Jabatan Kesihatan negeri sebaik pelancong asing berkenaan turun dari kapal persiaran mewah yang berlabuh di Swettenham Pier. - Foto: Ihsan pembaca/PenangKini
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Wanita terjatuh dari kapal pesiaran berjaya diselamatkan
Video yang tular sejak awal minggu ini menununjukkan wanita berkenaan terjatuh ke dalam laut dari geladak 10 kapal Mariner of the Seas.
COVID-19: Kapal persiaran Jerman tamatkan pelayaran susulan jangkitan
Menurut kapten Pelabuhan Lisbon, pada Ahad, terdapat sekurang-kurangnya 64 kes jangkitan COVID-19 di atas kapal.
Setahun memperingati tragedi bot terbalik Sungai Danube
Sekurang-kurangnya 25 dari 33 pelancong Korea Selatan maut ketika bot Hableany terbalik dan tenggelam pada malam 29 Mei 2019.
Pelancong China tiba di Pulau Pinang dari Singapura - Exco Pelancongan
Saringan kesihatan telah dilakukan pihak Jabatan Kesihatan negeri sebaik pelancong asing berkenaan turun dari kapal persiaran itu.