PENGAWAL pantai Algeria telah menembak mati dua pelancong di Maghribi yang dilaporkan sesat ke perairan Algeria dengan jet ski mereka.
Mereka adalah antara empat warganegara Perancis-Maghribi yang bertolak dari pusat peranginan Maghribi, Saidia.
Seorang lagi telah ditahan pengawal pantai yang mengawal sempadan tertutup kedua-dua negera itu.
Insiden itu mencetuskan kemarahan di Maghribi selepas seorang nelayan menyiarkan rakaman mayat yang terapung di laut.
Mohamed Kissi adalah satu-satunya daripada empat individu itu yang berjaya kembali ke Maghribi dengan selamat, lapor agensi berita AFP.
"Kami tersesat tetapi kami meneruskan perjalanan sehingga kami mendapati diri kami berada di Algeria.
"Kami tahu kami berada di Algeria kerana sebuah bot Algeria datang ke arah kami dan mula melepaskan tembakan," katanya yang juga adik kepada salah seorang mangsa yang ditembak, Bilal.
Kissi menafikan mereka cuba melarikan diri semasa ditemui oleh pengawal pantai, dan mendakwa abangnya telah cuba berbincang dengan pihak berkuasa sebelum dia ditembak.
Sepupu mereka, pelakon Abdelkarim Kissi, telah meminta pihak berkuasa Maghribi untuk membawa kes itu ke mahkamah antarabangsa.
Seorang lagi mangsa yang terbunuh ialah Abdelali Merchouer.
Lelaki yang ditangkap oleh pengawal pantai Algeria, dinamakan sebagai Smail Snabe, dilaporkan hadir di mahkamah pada Rabu tetapi tiada butiran diberikan.
Jurucakap kerajaan Maghribi enggan mengulas mengenai tembakan itu, memberitahu AFP ia hal "berkaitan undang-undang".
Algeria pula belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Kedua-dua negara berkongsi sempadan sepanjang hampir 2,000 kilometer yang menjadi punca ketegangan sejak merdeka daripada penjajahan Perancis.
Ia ditutup pada 1994 atas sebab keselamatan selepas kumpulan bersenjata mengebom sebuah hotel di bandar bersejarah Marrakesh di Maghribi.
Agensi
Fri Sep 01 2023
Insiden itu mencetuskan kemarahan di Maghribi selepas seorang nelayan menyiarkan rakaman mayat yang terapung di laut. - Gambar hiasan/Unsplash
Kes resit hina Islam: Empat warga Myanmar ditahan bantu siasatan
Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa menghina Islam.
Pertemuan PM Anwar-Kishida nilai kemajuan kerjasama Malaysia-Jepun
Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dapat menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Jepun meliputi pelbagai bidang.
Shah Rukh Khan alami strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi.
KDN, AADK lancar kempen anti dadah tak payah, tak nak
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melancarkan Kempen Tak Payah, Tak Nak bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Khamis.
Penerbangan 56 bakal haji dijadualkan semula - TH
Penerbangan bagi 56 bakal jemaah haji daripada kumpulan KT043 yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pagi tadi, dijadualkan semula esok.
Henti perbuatan mengkafir sesama umat Islam - Saifuddin
Masyarakat perlu diberi kefahaman bahawa perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
Pelajar didakwa pukul pengadil, KDA tunggu laporan penuh
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berhubung kekecohan seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil pada Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu.
Pembantu Kastam Kanan di KLIA didakwa terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengaku tidak bersalah atas 38 pertuduhan rasuah dengan nilai keseluruhan RM14,950 antara tahun 2017 hingga 2021.
Mayat pengurus ladang ditemui selepas dua hari hanyut
Seorang pengurus ladang ditemukan lemas selepas dua hari dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja pemasangan kabel Sungai Ulu Segama, di Kinabatangan.
AWANI Ringkas: Anak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas
Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia pada Selasa mengambil peranan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata pihaknya kini dalam peringkat perancangan awal untuk mengoperasikan pusat itu.
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Palsukan kematian diri sendiri, wanita nekad tikam penulis blog 50 kali
Seorang wanita berusia 23 tahun didakwa selepas menikam seorang penulis blog kecantikan Algeria di Jerman sehingga maut dalam usaha untuk memalsukan kematian sendiri.
Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat
Kerajaan Algeria memecat Pengarah Penubuhan Televisyen Awam (EPTV), Chabane Lounakel selepas menyiarkan kemenangan Maghribi menentang Portugal dengan skor 1-0 di pusingan suku akhir Piala Dunia 2022.
Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria
Aboul-Gheit gesa Palestin laksanakan Deklarasi Algiers yang ditandatangani dua minggu lalu dalam usaha mencapai perdamaian sebenar.
Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental
Suspek yang juga gelandangan itu berada di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.
Gurun Sahara diliputi salji, jaluran ais
Lokasi itu yang terletak di luar bandar Ain Sefra iaitu salah satu tempat paling kering di dunia dikejutkan dengan kehadiran salji dan hablur-hablur ais.
Kebakaran hutan melanda Algeria, 65 termasuk anggota tentera maut
12 anggota tentera turut mengalami kecederaan termasuk melecur dengan sebahagian daripadanya cedera parah.