KUALA LUMPUR: Taiwan amat mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia memandangkan negara ini merupakan sumber pelancongan penting bagi rantau Asia Tenggara.
Berdasarkan statistik, Malaysia berada di kedudukan keenam dalam pasaran kemasukan pelancong ke Taiwan dan yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Menyedari trend itu, destinasi berkenaan terus berusaha meningkatkan rangka promosi menerusi kempen Salam Taiwan yang menggalakkan konsep pelancongan mesra Muslim.
“Taiwan Tourism Bureau sebelum ini telah melancarkan dua musim kempen Salam Taiwan sebelum pandemik.
"Kami menganggarkan pertumbuhan angka dua digit dalam kedatangan pelancong Muslim ke Taiwan berbanding tahun 2018.
“Kali ini merupakan kali ketiga kempen Salam Taiwan dilancarkan di Malaysia untuk menawarkan perspektif tarikan Taiwan yang menyeluruh dan berbeza, sekali gus pengalaman percutian yang lebih berdaya saing,” ujar wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Phoebe Yeh.
Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis memperkenalkan duta terbaharu Salam Taiwan, iaitu penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, di ibu negara, pada Jumaat.
BACA: Cantik sampai menangis, enak teringat-ingat.. Ayda Jebat buat apa di Taiwan?
Tambah Phoebe, Taiwan merupakan destinasi moden yang tidak melupakan ciri-ciri tradisi, selain pemandangan indah dan hospitaliti baik penduduknya.
“Untuk mempromosi pelancongan yang mesra Muslim, Taiwan menjalankan banyak inisiatif dari pelbagai aspek demi mewujudkan persekitaran percutian yang ideal untuk pengunjung Muslim,” katanya.
Antara aspek yang dimaksudkan adalah soal makanan, dengan lebih 300 restoran dan hotel di Taiwan sudahpun memiliki pensijilan halal yang relevan.
Jelas Pheobe lagi, kebanyakan stesen pengangkutan awam utama dan pihak pengurusan kawasan persinggahan menarik turut menyediakan bilik sembahyang berserta kelengkapan untuk pelancong Muslim, serta kemudahan yang bersih.
“Oleh kerana itu, Taiwan kini berada pada kedudukan kedua dalam senarai destinasi bukan kumpulan Kerjasama Pertubuhan Islam (OIC) di Asia dalam Indeks Pelancongan Muslim Global. Taiwan sudah lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan yang mesra Muslim berbanding Amerika Syarikat, Australia dan Jerman,” jelasnya.
Sejak Oktober 2022, Taiwan mengumumkan bahawa pengembara yang tiba ke destinasi itu tidak lagi perlu dikuarantin sebaliknya hanya perlu menjalani langkah saringan kesihatan kendiri selama tujuh hari selepas ketibaan.
BACA: Taiwan memanggil.. Dari gunung ke lembah, menu lazat dan pasar meriah!
Hamzah Hamid
Sat Jan 21 2023

Phoebe (empat dari kiri) bersama duta Salam Taiwan terbaharu, Ayda Jebat (lima dari kiri) dalam sebuah majlis di ibu negara pada Jumaat. - Astro AWANI

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Banjir: 273 mangsa masih berlindung di lapan PPS
Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan PPS di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

Niaga AWANI: Mesyuarat Kabinet | Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Selain misi bantuan oleh Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Malaysia merancang mewujudkan hospital lapangan atau field hospital di Turkiye, susulan gempa bumi yang melanda negara itu dua hari lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet pada Rabu memaklumkan, bantuan ke Syria juga akan diselaraskan melalui Pertubuhan Palang Merah.

Isu borong tiket penerbangan tidak berlaku di Sarawak
Oscar Choo berkata. setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.

Pelancongan di Asia Pasifik pulih ke paras sebelum pandemik menjelang 2024 - ADB
Ketibaan pelancong antarabangsa di rantau Asia Pasifik meningkat 399 peratus tahun ke tahun untuk lapan bulan pertama 2022.

Gempa Turkiye: Ekonomi dijangka memburuk, pelancongan teruk terjejas
Selain menjejaskan rantaian bekalan, sektor pelancongan juga bakal menerima impak buruk akibat tragedi itu.

Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China
Sebanyak 14 penerbangan yang membawa rombongan pelancong dari China dijadual tiba di Thailand pada Isnin.

Kuala Perlis bakal jadi hab sukan permotoran - ADUN
Usaha itu sejajar hasrat kerajaan menerusi KBS yang ingin memberi galakan kepada anak muda untuk terlibat dalam sukan itu.

ASEAN perlu jadi lebih kuat untuk capai tahap pelancongan berkualiti, mampan - Sandiaga Uno
Negara-negara anggota harus terus mempromosikan ketersambungan, serta memudahkan prosedur dan dasar dari segi visa.

Nusantara punyai potensi besar untuk pelancongan Indonesia, Malaysia - Sandiaga
Pemindahan ibu negara dari Jakarta akan memberi manfaat dan meningkatkan ekonomi bukan sahaja buat Indonesia malah juga untuk Malaysia.

TRAVEX ASEAN platform untuk negara anggota rancakkan semula sektor pelancongan - Tiong
ATF 2023 mewakili harapan utama sektor pelancongan dalam membangunkan destinasi pelancongan utama serantau dan antarabangsa.

Selangor bakal lancar bas HOHO April depan
Hee Loy Sian berkata, Sepang dipilih sebagai daerah pertama mempunyai kemudahan berkenaan.

65 kes mati lemas direkod sejak 2020 - JBPM Kelantan
Kebanyakan kes kematian akibat lemas berlaku di sungai selain kawasan tali air, air terjun, pantai, tasik dan pembetungan.