ROM: Seorang pelancong mengukir nama teman wanitanya di tapak bersejarah Colosseum di sini, sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial dan menteri kebudayaan Itali pada Isnin selepas klip perbuatan itu tular, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) .
"Ia amat memalukan dan tanda kekurangan budaya yang besar apabila pelancong merosakkan satu daripada tempat paling terkenal di dunia, tempat warisan bersejarah," kata Menteri Kebudayaan Gennaro Sangiuliano.
Sangiuliano turut berharap agar pelakunya ditemui dan dihukum.
Beberapa tahun lalu, seorang pelancong Rusia didenda EUR20,000 (US$21,800) atas perbuatan serupa. Laporan media Itali mencadangkan bahawa suspek yang tidak diketahui boleh dikenakan denda yang sama jika ditangkap.
Dibina pada abad pertama Masihi, Colosseum ialah amfiteater terbesar di dunia, mercu tanda Rom dan tarikan pelancong utama. Tapak bersejarah itu menarik kunjungan satu juta pelawat setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
Laporan media Itali mencadangkan bahawa suspek yang tidak diketahui boleh dikenakan denda yang tinggi jika ditangkap. - Gambar/ Media sosial
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Faridah pergi dalam keadaan baik, kami reda - Keluarga
Keluarga Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia di Lubnan semalam, reda sambil menyifatkan arwah pergi dalam keadaan yang sangat baik.
Dua gol Penang FC batal, akur seri 0-0 dengan Terengganu
Hasrat Penang FC untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertamanya di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super.
Regu Malaysia mudah tempah tiket ke suku akhir
Skuad negara melangkah ke peringkat suku akhir acara regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila muncul juara Kumpulan B dengan menundukkan Brunei 2-0.
Penjawat awam antara empat ditahan menyamar polis, samun warga Myanmar
Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar sebagai polis dan disyaki menyamun lapan warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor di sini semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Remaja Jerman pula ditahan calarkan dinding Colosseum
Dinding Colosseum terkenal di Rom sekali lagi dicemari, kali ini oleh seorang pelancong remaja lelaki Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Pelancong ukir nama teman wanita di Colosseum cetus kemarahan
Seorang pelancong mengukir nama teman wanitanya di tapak bersejarah Colosseum sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.
Mercu tanda dunia bergelap sempena Earth Hour
Mercu tanda dunia yang bergelap termasuk Menara Eiffel di Paris; Colosseum di Rom; bangunan Empire State di New York dan Sydney Opera House, di Australia.