awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancongan jana RM41.69 bln kepada ekonomi negara

Bernama
Bernama
23/08/2019
05:01 MYT
Pelancongan jana RM41.69 bln kepada ekonomi negara
MOHAMMADDIN: Ketibaan pelancong turut meningkat 4.9 peratus kepada 13.35 juta orang daripada 12.73 juta orang sebelum ini. - Gambar fail
Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.8 peratus dalam pendapatan pelancongan kepada RM41.69 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini berbanding RM39 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, ketibaan pelancong turut meningkat 4.9 peratus kepada 13.35 juta orang daripada 12.73 juta orang sebelum ini.
Sepuluh negara yang menjana ketibaan pelancong ialah Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Korea Selatan, Filipina, Vietnam dan Jepun, katanya pada sidang media bagi mengumumkan prestasi pelancongan bagi Januari-Jun tahun ini di sini, hari ini.
Mohamaddin berkata lima negara teratas menyumbang kepada pendapatan pelancongan ialah Singapura, China, Indonesia, Thailand dan Brunei.
"Negara ASEAN masih mendominasi agihan pelancong antarabangsa dengan 70 peratus manakala bagi pasaran jarak sederhana dan jauh pula masing-masing menyumbang 20.8 peratus dan 9.2 peratus," katanya.
Ditanya sasaran ketibaan pelancong tahun ini sebanyak 28.1 juta orang dapat dicapai, Mohamaddin berkata ia mampu dicapai berdasarkan trend positif dan musim kemuncak pada Julai-September berikutan musim panas di negara antaranya Timur Tengah dan Eropah.
"Ia satu yang amat positif (aliran). Buat masa sekarang kita mempunyai lebih 13 juta, yang mana masih belum masa puncak bagi sesetengah negara untuk pelancongnya datang. Kita mempunyai beberapa bulan lagi, kita boleh capai itu," tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata Malaysia yakin dengan sasaran ketibaan pelancong tahun ini dengan didorong oleh pasaran jarak jauh yang kebiasaannya kelihatan pada Julai-September.
Ditanya mengenai pasaran China, beliau berkata ia amat positif susulan promosi tahun 2020 sebagai tahun pelancongan dan kebudayaan Malaysia-China.
"Sebahagian daripada promosi itu, akhir bulan ini, menteri berkenaan akan melawat Guangzhou untuk Pesta Pelancongan Antarabangsa," katanya.
Topic Berkaitan
#Brunei
#China
#Filipina
#Guangzhou
#India
#Indonesia
#Jepun
#Korea Selatan
#Mohamaddin Ketapi
#musa yusof
#pelancongan
#Singapura
#Thailand
#Timur Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan