awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan Australia ditawar bayaran balik jika internet lembab

Bernama
Bernama
10/11/2017
11:48 MYT
Pelanggan Australia ditawar bayaran balik jika internet lembab
Syarikat telekomunikasi menerima tekanan untuk menawarkan bayaran balik, selepas siasatan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia merumuskan kelajuan Internet sehingga 100 mbps "tidak dapat dicapai dalam keadaan dunia sebenar." - Gambar hiasan
Syarikat telekomunikasi kedua terbesar di Australia, Optus, akan membayar balik kepada pelanggan Rangkaian Jalur Lebar Kebangsaan (NBN), yang tidak menerima kelajuan Internet seperti dijanjikan, lapor agensi berita Xinhua.
Langkah itu diumumkan Optus pada Khamis, sehari selepas Telstra, syarikat telekomunikasi terbesar Australia, mendedahkan akan membuat bayaran balik kepada 42,000 pelanggan NBN, yang mengalami masalah kelajuan Internet.
Syarikat telekomunikasi menerima tekanan untuk menawarkan bayaran balik, selepas siasatan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC), merumuskan bahawa kelajuan Internet sehingga 100 megabait sesaat (mbps) "tidak dapat dicapai dalam keadaan dunia sebenar."
ACCC turut memberi amaran kepada setiap syarikat telekomunikasi, yang menawarkan perkhidmatan NBN, bakal berdepan tindakan undang-undang, jika mereka tidak menawarkan bayaran balik.
"Optus kini dalam proses menyediakan penyelesaian bersesuaian kepada pelanggan yang mengalami masalah perkhidmatan NBN," kata seorang jurucakap syarikat kepada Australian Broadcasting Corporation (ABC) pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif Optus, Allen Lew berkata, pihaknya akan memastikan para pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang dilanggani, dan jika sebaliknya syarikat akan meneliti penyelesaian yang sesuai berdasarkan setiap kes.
Optus mempunyai lebih 350,000 pelanggan NBN manakala pelanggan Telstra pula lebih 800,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Allen Lew
#Australia
#Internet
#kelajuan
#Optus
#Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia
#telekomunikasi
#Telstra
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan