awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantar minyak Velesto 'Naga 7' tenggelam, 101 kru selamat

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
04/05/2021
03:28 MYT
Pelantar minyak Velesto 'Naga 7' tenggelam, 101 kru selamat
Pelantar Velesto Naga 7 yang tenggelam susulan kerosakan pada kaki sokongan - Foto Facebook
SEBUAH pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 di perairan Sarawak dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu tiang sokongan.
ConocoPhillips Sarawak Ltd dalam satu kenyataan tengah hari Selasa menyebut kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2.45 petang Isnin itu telah menyebabkan pelantar menyenget 10 peratus daripada posisi awal.
Kenyataan syarikat itu turut memaklumkan susulan kejadian, pasukan tindakan kecemasan (ERT) telah dikerah dan pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan.
"Keutamaan kami ialah keselamatan petugas dan kami mengesahkan semua kru berjaya dikeluarkan dari Naga 7.
"Tiada kecederaan atau kerosakan alam sekitar dilaporkan."
Sementara itu, memetik laporan portal The Star, kesemua 101 anak kapal Naga 7 berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah.
Pelantar Velesto Naga 7 sebelum tenggelam susulan kerosakan pada kaki sokongan - Foto Facebook
Pelantar Velesto Naga 7 sebelum tenggelam susulan kerosakan pada kaki sokongan - Foto Facebook
Kesemua mangsa yang selamat dipindahkan ke darat bagi tujuan keselamatan.
Punca dan nilai kerosakan sedang disiasat.
Pelantar Velesto Naga 7 sebelum tenggelam susulan kerosakan pada kaki sokongan. Foto Facebook
Pelantar Velesto Naga 7 sebelum tenggelam susulan kerosakan pada kaki sokongan - Foto Facebook
Astro AWANI sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden ini.
Naga 7 merupakan pelantar 'jack up' dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki.
Topic Berkaitan
#Velesto
#pelantar minyak
#minyak
#Naga 7
#Naga 7 tenggelam
#ConocoPhillips Sarawak Ltd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan