Skip to main content

Malaysia

Pelantikan Ashwad Ismail, Sharifah Adlina pacu transformasi industri penyiaran - Fahmi

Selamat Datang ke keluarga Kementerian Komunikasi!   Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.  Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran
Menurut Fahmi, beliau percaya kepimpinan baharu ini akan memacu transformasi industri penyiaran ke arah lebih inovatif dan berdaya saing. - Foto IG @fahmifadzil.1

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu serta   Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pemimpin itu dan menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan mereka memperkukuh hala tuju penyiaran awam negara.

Advertisement

“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi. Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada saudara Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu serta Timbalan Ketua Pengarah, Sharifah Adlina Syed Abdullah,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi percaya kepimpinan baharu ini akan memacu transformasi industri penyiaran ke arah lebih inovatif dan berdaya saing.
 

 “Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta memastikan penyampaian maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada Isnin, selepas lebih 19 tahun berkhidmat di Astro AWANI, Ashwad Ismail mengumumkan pengunduran sebagai Ketua Pengarang Astro AWANI.

Ashwad merupakan sebahagian daripada visi pengasas yang melahirkan saluran ini pada tahun 2007 dan sepanjang lima tahun yang lalu, beliau diberi penghormatan dan kepercayaan oleh Astro Malaysia Holdings Berhad untuk menerajui Astro Awani Network Sdn Bhd dalam tempoh yang paling mencabar dan transformatif dalam sejarah media global.

Must Watch Video